Kaki Hitam Akibat Kencing Manis

Kaki Hitam Akibat Kencing Manis

Kaki hitam akibat kencing manis adalah dikenali juga sebagai penyakit gangren. Ia mungkin satu nama asing bagi sesetengah orang. Anggota badan yang diserang gangren memang agak mengerikan.

Apatah lagi jika sudah mencapai tahap kronik. Pada peringkat awal serangan, bahagian anggota yang dijangkiti akan menjadi pucat dan sejuk. Lama-kelamaan tempat tersebut beransur-ansur berubah warna.

Antara tanda tanda kencing manis pada kaki ialah berlaku perkara seperti ini. Bermula dari kepucatan, bahagian itu akan beralih kepada kelabu berbalam dan diikuti bintik-bintik ungu. Akhirnya kulit menjadi coklat gelap atau kehitaman. Di samping itu, mangsa gangren turut menderita kesakitan yang amat sangat.

Kematian tisu akibat bakteria reput merupakan punca serangan gangren. Ini berlaku apabila darah tidak dapat mengalir ke sesuatu tempat dalam badan. Biasanya penyakit ini cenderung menyerang anggota kaki dan tangan seperti jari.

Gangren turut memberikan kesan kepada struktur dalaman atau pun tisu-tisu lain yang mengalami gangguan bekalan darah. Selain itu, tisu-tisu di sekitar bahagian jangkitan turut menerima kesan.

Tisu Mati Punca Gangren

Terdapat pelbagai jenis gangren yang biasanya menyerang golongan dewasa. Antaranya ialah gangren kering yang berlaku akibat kematian tisu. Tisu-tisu ini mula mengering ekoran bekalan darah kian berkurangan dan akhirnya langsung tiada.

Pada masa yang sama, wujud sempadan antara tisu mati dengan tisu hidup. Kekeringan juga menyebabkan berlakunya pembahagian antara tempat yang dijangkiti dengan bahagian yang bebas gangren. 

Kemusnahan tisu akibat serangan bakteria membawa kepada gangren lembab. Ini berlaku apabila darah yang mengalir di pembuluh darah seperti arteri terhalang menyebabkan bahagian tersebut pucat dan membengkak.

Keadaan ini juga menghasilkan nanah yang kemudiannya boleh merebak ke tisu lain. Selain jenis kering dan lembap, terdapat juga gangren gas. Gangren ini terjadi disebabkan kematian tisu ekoran infeksi pembentukan gas bakteria.

Halangan pada arteri secara tidak langsung mampu meningkatkan risiko gangren. Biasanya ia berlaku berpunca daripada darah beku dalam pembuluh darah ataupun jantung.

Saraf darah boleh tersekat akibat ketulan darah mahu pun kelempung udara. Selain itu, infeksi pada bisul turut membawa kepada gangren.

Kebanyakan kes gangrene ini melibatkan orang dewasa penghidap kencing manis ataupun ateriosclerosis ekoran kekurangan darah yang mengalir ke sesuatu bahan.

Lazimnya individu yang berhadapan dengan masalah pembuluh darah berisiko untuk diserang gangren.

Mereka yang kuat merokok ataupun gemar mengambil alkohol secara berlebihan perlu mengawal tabiat ini memandangkan ia boleh mengganggu sistem perjalanan darah.

Kecederaan ataupun kedinginan melampau perlu dielakkan. Gangren juga boleh berlaku disebabkan trauma kerana kemalangan, tekanan luka atau pun serangan penyakit serta akibat balutan yang sangat kuat.

Kecederaan pada saluran darah turut mengundang penyakit ini. begitu juga dengan melecur, kesejukan dan terbakar berpunca daripada bahan kimia atau pun elektrik.

Rawatan Segera Penting Bagi Gangren

Antara cara merawat kaki hitam ini, pesakit perlu segera mendapatkan rawatan agar bahagian yang terkena gangren seperti tangan ataupun kaki dapat diselamatkan. Kebanyakkan kita lihat ramai kaki kena potong akibat kencing manis di sebabkan masalah ini.

Umumnya rawatan yang dilakukan terhadap pesakit adalah melibatkan pengawalan kegagalan jantung dan juga anaemia.

Pemakanan yang baik dan seimbang perlu diamalkan oleh pesakit gangren khususnya bagi mereka yang turut berhadapan dengan masalah diabetes. Kesakitan yang dirasai padawaktu malam boleh diredakan dengan pengambilan ubat penahan sakit. 

Bahagian anggota yang diserang gangren perlu sentiasa berada dalam keadaan kering. Selain itu, ia juga aperlu didedahkan kepada udara.

Penggunaan kipas boleh membantu mengeringkan bahagian tersebut. Tekanan setempat padasatu-satu bahagian pesakit perlu diawasi dan dilindungi khususnya bagi mereka yang terlantar di atas katil.

Selain itu, pembersihan kulit boleh dilakukan menerusi pembedahan kecil. Antaranya seperti pemindahan kerak kulit mati dan nanah. Keadaan ini boleh mengelakkan serangan gangren daripada terus merebak dan jangkitan kuman pada kaki.

Bagi gangren kering, penyakit ini biasanya bertindak balas pada rawatan konservetif seperti penggunaan dadah bagi meningkatkan edarah darah.

Kesan Buruk Akibat Gangren

Bahagian anggota yang teruk dijangkiti gangren perlu dipotong. Namun, keadaan ini bergantung pada bekalan darah di bahagian tersebut. Dalam kebanyakan kes gangren kronik, pembedahan yang berlangsung perlu mengambil kira beberapa faktor.

Antaranya ialah berapa banyak bahagian anggota yang dijangkiti yang boleh diselamatkan. Ini biasanya berdasarkan kepada bekalan darah di saluran darah ataupun bahagian bawah sistem saraf automatik (ANS) yang bertindak mengawal kelancaran darah.

Keputusan berkaitan pemotongan disebabkan kaki hitam akibat kencing manis perlu dilakukan secara berhati-hati. Namun, bagi menyelamatkan nyawa pesakit, bahagian gangren yang merebak dengan cepat perlu dipotong.

Jangka hayat selepas potong kaki bagi pesakit kencing manis adalah biasa sahaja sama seperti orang lain namun bergantung kepada tahap pengawalan kesiahtan kencing manis selepas anggota badan di potong.

Belum ada kita dengar jika kena potong kaki jangka hanyat hanya boleh hidup sekian sekian bulan atau hari. Yang selalu kita dengar adalah daripada pengidap kanser.

Baca juga tentang Ubat Kencing Manis dan Penjagaan Kaki Untuk Pesakit Kencing Manis

Apakah punca utama kaki menjadi hitam

Kerosakan tisu pada bahagian kaki dan darah tidak dapat mengalir ke situ.

Jika tidak boleh diselamatkan lagi apakah proses terakhir yang akan dilakukan.

Jalan terakhir pada kaki yang bermasalah akibat kencing manis adalah terpaksa di potong.

Scroll to Top