Bagaimana nak tahu tanda tanda kencing manis pada kaki atau apakah simptom simptomnya.
Penyakit kencing manis adalah antara penyakit yang paling banyak dihadapi oleh manusia diseluruh dunia termasuk negera Malaysia.
Punca utama boleh berlakunya penyakit kencing manis ini adalah disebabkan faktor pengambilan gula berlebihan sama ada didalam makanan ataupun didalam minuman seharian.
Bagi sesiapa yang suka makan atau minum yang manis manis pastinya risiko lebih besar untuk terkena penyakit kencing manis ini.
Sebenarnya banyak simptom simptom yang yang boleh kita lihat jika ada penyakit ini, namun kali ini kita lihat apakah tanda tanda kencing manis pada kaki.
Kebas Kaki
Anggota utama untuk berjalan bagi manusia adalah kaki dan kaki juga tidak terlepas daripada terkena tanda tanda penyakit kencing manis ini.
Rasa kebas pada bahagian kaki boleh juga termasuk dalam tanda tanda ada kencing manis.
Jika selalu merasa kebas pada bahagian kaki dan tidak mudah hilang mungkin ada masalah kencing manis.
Sama ada anda memang dah ada kencing manis ataupun tidak perlu segera untuk dapatkan rawatan takut takut ada masalah kencing manis.
Luka Lambat Sembuh
Kebiasaannya jika terjadi luka pada kaki agak mudah untuk lega dan sembuh dengan sendirinya.
Namun jika kaki anda menghadapi luka atau berair dan tidak mahu sembuh sembuh dan kering, kemungkinan juga boleh dikaitkan dengan kencing manis.
Walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan untuk ubati luka yang terjadi tetapi masih tidak juga mahu lega, boleh cek segera gula anda untuk kepastian.
Hilang Deria Rasa
Bermula dengan kebas kebas yang berpanjangan pada bahagian kaki dan berterusan berlaku boleh mengakibatkan kaki boleh hilang deria rasa.
Pada masa ini apabila sudah tidak ada lagi deria rasa, maka pijak ke lantai pun tidak terasa.
Juga jika berlaku luka pada bahagian kaki, rasa sakit mungkin tidak ada lagi ataupun semakin kurang rasanya.
Warna Kaki Berubah
Jika kencing manis semakin kronik kaki juga boleh menjadi mangsa kepada penyakit ini.
Warna kaki semakin berubah kepada menjadi kehitam hitaman.
Bermula dengan jari kaki dan akhirnya keseluruhan kaki akan mejadi hitam.
Akibat daripada masalah ini penyelesaiannya adalah kaki terpaksa dipotong bagi mengelakkan kuman daripada mudah merebak.
Itulah antara tanda tanda yang anda boleh nampak kaki jika ada berlakunya penyakit kencing manis.
Sama ada anda telah terkena penyakit kencing manis ataupun belum, jika berlaku tanda tanda diatas pada kaki segeralah berjumpa doktor.
Berjumpa doktor dengan segera dapat mengenalpasti dengan lebih tepat apa sebenarnya yang berlaku pada kaki anda.
Jangan takut berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan jangan hanya sekadar membuat andaian sendiri jika berlaku sebarang simptom simptom kepada diri anda.
Baca juga Kaki Hitam Akibat Kencing Manis dan Simptom Tanda Tanda Gout Di Kaki
Tidak semua akan menghadapi masalah pada kaki, simptom pada setiap orang adalah berlainan.
Anda boleh lakukan sendiri sama ada dirumah atau boleh cuci luka di klinik atau hospital