Makanan Yang Tidak Boleh Dimakan Oleh Pesakit Gout

makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gout

Tahukah anda apakah makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gout jika diserang penyakit ini.

Penyakit gout, juga dikenali sebagai “artritis gout,” adalah penyakit kronik yang disebabkan oleh peningkatan tahap asid urik dalam badan.

Ia biasanya menyebabkan serangan pada radang sendi yang tiba-tiba dan amat menyakitkan.

Gout berlaku apabila terdapat penumpukan kristal asid urik dalam sendi dan tisu tubuh, yang mengakibatkan keradangan dan kesakitan yang teruk.

Namun yang menjadi masalah lagi adalah apabila terpaksa pantang banyak makanan.

Penyakit gout ini adalah terjadi disebabkan makanan yang dimakan mengandungi terlalu banyak purin didalamnya.

Apabila purin ini berkumpul didalam badan dan tidak keluar maka ia akan menyebabkan berlaku bengkak pada sendi dan ini dinamakan sakit gout.

Sebab itu antara pencegahan utama penyakit gout ini adalah dengan terpaksa pantang pelbagai jenis makanan dalam menu seharian.

Makanan Yang Perlu Dielakkan

Pesakit gout sebaiknya mengelakkan makanan yang mengandungi kandungan purin yang tinggi.

Ini adala kerana purin boleh meningkatkan tahap asid urik dalam badan, yang boleh menyebabkan serangan gout yang lebih kerap.

Berikut adalah senarai beberapa makanan yang sebaiknya dielakkan oleh pesakit gout untuk makan:

  1. Hati dan ginjal haiwan: Makanan ini mengandungi jumlah purin yang tinggi.Hati, pedal ayam adalah antara contoh makanan yang perlu dielakkan. Begitu juga dengan hati lembu, limpa dan sebagainya.
  2. Daging merah: Daging seperti daging lembu, daging biri-biri, kambing, mengandungi banyak purin.
  3. Makanan laut: Seafood seperti sotong, udang, ketam, dan ikan terutama ikan sardin dan ikan bilis yang mengandungi purin yang tinggi. Tinggalkan terus makanan jenis ini untuk pencegahan gout yang lebih baik.
  4. Makanan terproses: Makanan yang diproses seperti makanan segera, daging sejuk beku, dan produk makanan dalam tin yang seringkali mengandungi tambahan purin. Makanan segera seperti burger dan keropok keropok perlu dijauhkan.
  5. Alkohol: Alkohol, terutama bir dan wiski, boleh meningkatkan risiko serangan gout. Untukorang Islam kita memang diharamkan minum arak jadi tidak ada masalah untuk jauhi minuman ini.
  6. Minuman manis: Minuman berkafein seperti kopi dan minuman berkafein tinggi seperti minuman berkarbonat sebaiknya dielakkan. Seeloknya jauhi gula atau air berbancuh yang perlukan gula. Pesakit gout perlu kurangkan manis dalam minuman mereka.
  7. Sayuran yang tinggi dalam purin: Beberapa sayuran seperti bayam, kubis, dan asparagus juga mengandungi purin, tetapi tidak sebanyak dalam makanan haiwan.
  8. Makanan tinggi fruktosa: Produk makanan yang tinggi dalam fruktosa seperti minuman berperisa dan makanan manis boleh meningkatkan risiko serangan gout. Jauhi juga kuih kuih yang manis dan pencuci mulut yang terlampau banyak gula didalamnya.

Pesakit gout sebaiknya perlu mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, dan protein rendah purin seperti daging ayam atau ikan.

Penting juga untuk minum banyak air kosong untuk membantu mengeluarkan asid urik daripada badan.

Tinggalkan semua minuman manis yang perlukan gula untuk anda minum.

Tukar minuman harian anda dengan banyakkan minum air kosong sahaja.

Dengan meminum banyak air kosong setiap hari dapat membantu pengeluaran asid urik dalam badan melalui air kencing.

Apa yang penting jika sudah terkena penyakit gout ini adalah perlu berjumpa doktor untuk dapatkan nasihat dan dapatkan ubat.

Dengan ubat gout yang dibekalkan oleh doktor mampu membantu pesakit gout untuk dapatkan kelegaan dengan lebih cepat lagi ditambah dengan amalan gaya pemakanan yang sihat maka lebih mudah untuk anda sihat daripada gout ini.

Jadi gabungan ubat daripada doktor dan elakkan memakan makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gout akan mempercepatkan lagi proses penyembuhan gout anda.

Simptom Tanda Tanda Gout Di Kaki

Scroll to Top