Kanak Kanak Kena Kencing Manis

kanak kanak kena kencing manis

Penyakit kencing manis pada masa sekarang bukan sahaja menyerang orang yang dewasa malahan kanak kanak kena kencing manis juga banyak berlaku.

Setiap tahun kes penyakit ini semakin lama semakin meningkat di kalangan kanak kanak.

Perkara ini amat membimbangkan terutama sekali kepada ibu bapa yang akan menjaga anak anak mereka jika terkena penyakit kencing manis.

Kita tidak boleh bayangkan bagaimana anak anak yang masih sekolah rendah sudah terkena penyakit kencing manis ini, bagaimana kehidupan mereka.

Simptom penyakit kencing manis dikalangan kanak kanak adalah hampir sama juga dengan keadaan orang dewasa.

Antara symptom yang biasa yang boleh dilihat adalah:

  • sering mengadu rasa dahaga
  • lebih kerap lapar
  • tiba-tiba turun berat badan
  • kekerapan kencing lebih banyak daripada biasa

Cerita cerita yang sering saya dengar mengenai kencing manis dikalangan kanak kanak ini ialah bagaimana mereka boleh terkena dengan penyakit ini.

Antara Punca Kanak Kanak Kena Kencing Manis

Antara punca yang boleh berlaku penyakit ini kepada kanak kanak adalah berpunca daripada amalan meminum air bergas sama ada dalam di dalam tin ataupun di dalam botol.

Ada yang hampir setiap hari memang akan minum minuman ini selepas balik sekolah.

Minuman ini mudah diperolehi di kedai kedai jadi tidak hairanlah mereka boleh minum setiap hari.

Kadang kadang ibu bapa tidak tahu pun yang anak mereka mengambil minuman ini.

Sebab mereka minum diluar lebih lebih lagi anak anak mereka di bekalkan dengan duit poket tambahan.

Jadi agak sukar untuk ibu bapa untuk pantau anak anak mereka jika berlaku perkara di atas melainkan jika mereka minum di rumah.

Ada juga ibu bapa yang dah menyesal sebab ikutkan anak anak nak minum terus sahaja beli dan sekarang dah kena kencing manis pada anak.

Anak anak tak tahu tentang keburukan dan kelebihan makanan dan minuman ini.

Jadi ibu bapa patut menasihatkan mereka apa yang baik dan apa yang buruk untuk diambil.

Dan ada yang ibu bapa yang mempunyai kedai sendiri yang ada menjual minuman ini, setiap hari anak mesti nak minum. Ada kedai sendiri dan anak pula yang minta jadi serba salah pula tak bagi, free pulak tu.

Jadi perasaan serba salah dan ingin menjaga hati anak anak menyebabkan ibu bapa menurut kehendak anak anak mereka.

Jadi bila anak anak anak dah kena kencing manis maka timbul isu lain pula iaitu bagaimana pula nak jaga tahap kencing manis anak anak.

Ada tahap tu sampai kena cucuk insulin setiap hari, anak anak tentu tak mahu nak ikut sampai kena nak cucuk setiap hari.

Masalah lain juga berlaku dimana kanak kanak tidak tahu nak beritahu kita bila masa keadaan paras gula rendah ataupun paras gula tinggi.

Ini akan menjadi masalah apabila berlaku gejala hypo ataupun hyper.

Berjumpa Doktor

Anda perlulah berbincang dengan doctor bagaimana mahu menguruskan anak anak yang menghidapi masalah kencing manis ini.

Bagaimana cara untuk terangkan kepada mereka sebab musabab kena makan ubat ataupun cucuk insulin dan juga mereka terpaksa jaga pemakanan mereka seharian.

Anak anak yang ada kencing manis ini juga berhak berkembang seperti mana rakan rakan sebaya mereka.

Langkah langkah yang diambil untuk menjaga kencing manis mereka mestilah dilihat sesuai dengan mereka supaya mereka tidak dipinggirkan.

Banyak lagi faktor faktor yang menyebabkan kanak kanak kena kencing manis seperti pemakanan, obesity, keturunan dan lain lain lagi.

Bagi yang ada anak anak eloklah beri perhatian yang berat terhadap masalah ini.

Ini untuk mengelakkan anak anak anda daripada terkena masalah penyakit kencing manis ini.

Gaya Hidup Sihat

Scroll to Top