Makanan Pantang Untuk Kencing Manis

Makanan Pantang Untuk Kencing Manis

Makanan pantang untuk kencing manis pastinya adalah terdiri daripada makanan yang selalu orang ramai makan setiap hari.

Bila dan kena penyakit ini macam macam benda dah tak boleh makan.

Memang sangat sangat simpati apabila melihat kepada pesakit yang kena kencing manis apabila di minta untuk pantang itu dan pantang ini.

Apabila berjumpa doktor, doktor akan bagi nasihat supaya jaga makanan dan kena pantang banyak benda.

Begitu jugalah orang yang berada di sekeliling mereka menyuarakan benda yang sama supaya kena pantang makan macam macam.

Jaga makan dan pantang ini memang tidak dinafikan adalah kaedah terbaik untuk menjaga kesihatan badan untuk mengelak daripada mudah nak terkena penyakit. Ia adalah satu ikhtiar.

Kalau nak kena penyakit juga nak buat macam mana kan walaupun dah jaga pantang macam macam.

Secara ringkasnya makanan pantang untuk kencing manis saya senaraikan dibawah untuk pengetahuan anda secara asas.

Jauhi Makanan Berikut

Elakkan daripada mengambil:

1. Minuman manis dan bergas

2. Makanan segera

3. Makanan berminyak dan berlemak

4. Lemak daging dan kulit ayam

5. Makanan berkanji

6. Buah-buahan manis seperti dokong, langsat, durian, pisang, nenas dan lain-lain

7. Serbuk perasa

8. Susu cair/ susu tepung

Elakkan Gula Ringkas

Selain itu, makanan yang perlu dielakkan bagi pesakit kencing manis adalah juga makanan dan minuman yang mengandungi gula ringkas.

Gula ringkas akan meningkatkan tahap gula dalam darah dengan kadar yang cepat. Senarai-senarai makanan di bawah adalah antara makanan yang perlu di elakkan oleh pesakit kencing manis seperti:

1. Gula pasir

2. Gula merah

3. Gula melaka

4. Gula batu

5. Gula-gula

6. Sirap

7. Jeruk

8. Halwa

9. Kuih-kuih manis

10. Susu pekat manis

11. Buah-buahan dalam tin

12. Minuman ringan

13. Coklat

14. Jem (kecuali jem untuk diabetes)

15. Semua makan yang bersalut gula

Senarai makanan makanan di atas adalah antara makanan yang sebolehnya untuk pesakit kencing manis kena pantang dan tinggalkan.

Jika nak makan pun boleh lah makan dengan kadar yang minimum sahaja. Jangan makan dengan keterlaluan dan banyak seperti orang lain yang tidak menghadapi masalah kencing manis.

Saya ulangi sekali lagi bahawa kaedah terbaik untuk menghadapi kencing manis adalah dengan mengamalkan pantang larang dalam makanan seharian anda.

Kaedah pantang ini adalah kaedah terbaik untuk menjaga kesihatan sama ada untuk orang yang sihat atau pun untuk orang yang sedang menghadapi masalah kesihatan.

Kaki Hitam Akibat Kencing Manis

Siapakah patut amalkan pantang ini?

Seeloknya semua orang tidak kira sihat ataupun ada penyakit elok mengamalkan amalan pantang ini untuk kesihatan.

Sampai bila harus berpantang?

Amalan berpantang atau menjaga pemakanan ini adalah amalan yang berterusan sampai bila bila

Scroll to Top