Tanda Tanda Kencing Manis

Tanda Tanda Kencing Manis

Kali ini saya ingin berkongsi tanda tanda kencing manis yang anda perlu tahu supaya kita boleh kesan seawal mungkin jika penyakit ini berlaku terhadap diri anda.

Penyakit kencing manis adalah satu penyakit yang yang paling banyak di hadapi oleh manusia bukan kata hanya di Malaysia malah di seluruh dunia.

Penyakit ini mudah berlaku kerana punca utama untuk menjadi penyakit ini adalah daripada benda apa yang kita makan.

Lebih lebih lagi makanan yang mangandungi banyak gula dan lemak.

Banyak daripada kita sebenarnya kadang kadang tidak tahu apakah simptom kencing manis sekiranya terdapat penyakit ini dalam badan masing masing.

Sebab itu kadang kadang kita ada mendengar tiba tiba ada orang jatuh pengsan dan apabila dirawat doktor mengesahkan gula dalam badan terlalu tinggi padahal sihat macam biasa sahaja.

Infographic Simptom Kencing Manis

Sentiasa merasa dahaga

Jika anda minum air macam kebiasaan rutin harian anda namun tiba tiba anda masih merasa dahaga walaupun dah minum air.

Kalau perkara ini berlaku sekali sekala mungkin tidak mengapa namun jika ia berlaku secara berterusan dan setiap hari maka anda kena pergi jumpa doktor untuk cek tahap gula dalam badan anda.

Kerap membuang air kecil

Kekerapan membuang air kencing atau kencing semakin kerap adalah juga salah satu daripada simptom adanya penyakit ini.

Jika anda mengalami kekerapan kencing yang diluar kebiasaan anda, maka eloklah berjumpa doktor dengan segera.

Apabila sering merasa dahaga maka badan kita perlukan lebih banyak air maka kita akan lebih banyak minum air untuk hilangkan dahaga tersebut.

Namun yang tak seronoknya pula terpaksa berdepan dengan kerap membuang air kecil pula.

Merasa letih dan lesu

Anda rasa badan anda ada perubahan walaupun anda sihat macam biasa tapi anda sering merasa letih dan lesu.

Kadang kadang kalau tidak melakukan sebarang pekerjaan pun akan rasa letih walaupun duduk saja.

Berat badan menyusut walau selera makan baik

Walaupun anda jarang semak dan timbang berat badan anda.

Tetapi tiba tiba ada orang mula tegur badan nampak semakin kurus sedangkan anda tiada rancangan lansung untuk turunkan berat badan.

Kadang kadang anda boleh perasan berat badan anda mula turun selepas pakaian anda semua berasa longgar daripada kebiasaan.

Selalu berasa lapar

Dah makan tapi tetap berasa lapar. Rasa lapar lagi kemudian makan lagi namun masih juga rasa lapar.

Anda sudah mulai ubah kekerapan pengambilan makanan anda setiap hari.

Luka dan kudis yang lambat sembuh

Dulu kalau ada terjadi luka di badan cepat sahaja sembuh dan kering.

Tetapi jika sekarang terdapat luka dan luka tersebut susah untuk cepat kering dan susah untuk sembuh maka anda kena periksa segera badan anda.

Gatal gatal terutama di bahagian kemaluan

Dulu kulit sihat sahaja jarang sangat berlaku jangkitan kulat dikulit sehingga boleh jadi gatal gatal.

Namun jika sekarang anda mudah menghadapi masalah gatal gatal dikulit terutama sekali pada bahagian kemaluan anda maka anda harus bertindak segera.

Leher terdapat kesan semacam kerak daki di kulit

Kalau anda perasan dan pernah nampak gambar gambar atau orang yang anda kenali terdapat semacam kulit berkerak di bahagian leher mereka terutama sekali pada bahagian belakang leher.

Jikalau dah gunakan macam macam produk kosmetik atau sabun masih juga kerak itu tidak hilang juga.

Maka eloklah segera berjumpa doktor takut takut ada sakit kencing manis sedangkan anda rasa itu hanyalah masalah kulit.

Mata kelabu

Kencing manis juga boleh menyebabkan mata menjadi kelabu dan malah lebih teruk lagi sampai boleh jadi buta.

Memang ada kes pesakit kencing manis yang telah hilang penglihatan akibat saraf saraf mata telah rosak akibat daripada mengalami penyakit ini pada tahap yang sangat kronik.

Ada juga kes yang berlaku daripada mata yang sihat elok akhirnya terpaksa gunakan spek mata untuk melihat.

mata buta akibat kencing manis
Keratan Berita Sinar Harian

Kesimpulan

Berdasarkan tanda tanda kencing manis diatas anda sekarang dah ada serba sedikit pengetahuan jika berlakunya apa yang disenaraikan di atas maka anda tahu apa yang anda perlu segera lakukan.

Pertama sekali pergilah berjumpa dengan doktor untuk buat semakan gula dalam darah supaya anda boleh kenalpasti dan sahkan samada anda mengalami masalah kencing manis ataupun tidak.

Jangan takut untuk berjumpa doktor lebih awal anda jumpa dengan doktor adalah lebih baik.

Baca juga info tentang Tahap tahap kencing manis

Adakah jadi bisul itu tanda kencing manis?

Tidak semestinya, untuk kepastian jika nak tahu ada kecing manis atau tidak kena buat pemeriksaan paras gula dalam badan.

Adakah sama tanda-tanda diabetes pada wanita dengan lelaki?

Secara keseluruhannya tanda diabetes kencing manis pada wanita dan lelaki adalah sama hampir tidak ada perbezaan.

Scroll to Top