Pesakit Kencing Manis Boleh Makan Kurma

pesakit kencing manis boleh makan kurma

Antara makanan Sunnah dan di sebut dalam Al Quran adalah buah kurma. Umat Islam di galakkan makan kurma sebagai Sunnah Rasulullah. Namun adakah pesakit kencing manis boleh makan kurma.

Bagi menjawab persoalan ini kita mesti melihat dahulu apakah jenis jenis makanan yang dilarang untuk di ambil oleh pesakit kencing manis.

Jenis Makanan Yang Dilarang Ambil

Antara jenis jenis makanan yang dilarang ambil adalah makanan yang manis manis.

Makanan yang mengandungi kadar gula yang tinggi adalah dilarang dan kalau boleh dielakkan sama sekali untuk pesakit kencing manis makan makanan tersebut.

Apabila menghadapi masalah kencing manis pelbagai jenis makanan yang perlu dijaga di dalam diet seharian.

Ini bagi memastikan keadaan gula sentiasa dapat stabil dan naik tinggi.

Tujuan di larang ataupun di suruh pantang makanan yang mengandungi kadar gula yang tinggi adalah untuk mengawal keadaan gula dalam badan pesakit.

Namun adakah makanan makanan yang manis dan mempunyai gula yang tinggi tidak boleh diambil langsung oleh pesakit.

Sebenarnya tidaklah sampai begitu sekali sampai tidak boleh makan makanan yang manis langsung.

Pesakit kencing manis sebenarnya boleh mengambil makanan yang manis namun ianya hanya boleh diambil dengan kadar yang sangat sangat minimum.

Contohnya untuk mudah kita faham ialah pengambilan gula putih dalam minuman.

Sebenarnya pesakit masih boleh makan gula tapi dalam kuantiti yang sangat sangat minimun.

Hanya sekadar bagi ada rasa manis dalam minuman supaya air tersebut boleh diminum.

Jadi dalam kontek pengambilan buah ini bagi pesakit kencing manis, mereka masih boleh makan buah kurma.

Asalkan makan hanya sekadar perlu sebab buah ini tergolong dalam jenis makanan (buah) yang manis juga

Bukannya makan buah kurma dalam kuantiti yang banyak sehingga tiada pantang dan tak terkawal.

Pesakit kencing manis juga mesti teringin untuk memenuhi tuntutan Sunnah Rasul kita untuk mengambil kurma lebih lebih lagi ketika berbuka puasa di bulan Ramadhan.

Pesakit Kencing Manis Boleh Makan Kurma Kering
Jenis Kurma Yang Dikeringkan

Pesakit kencing manis tidaklah terhalang bagi memenuhi tuntutan tersebut untuk mendapatkan berkat dan pahala daripada amalan memakan kurma ini.

Ambil Kuantiti Yang Sedikit

Cuma kena ingatkan supaya ambil dalam kuantiti yang sangat sangat terhad sahaja mungkin boleh makan 1 atau 2 biji kurma ketika berbuka puasa.

Selain itu juga buah kurma ada pelbagai jenis. Ada buah kurma basah, kurma kering, kurma tangkai, dan kurma muda.

Jadi pilihan terletak di tangan anda, yang penting kawal dan hadkan pengambilannya.

Bagi pesakit kencing manis anda boleh cuba dulu, kemudian cek paras gula anda sama ada berlaku kenaikan ataupun tidak selepas makan.

Keadaan kencing manis pada badan seseorang adalah tidak sama.

Anda boleh cuba untuk ambil dulu buah kurma dalam kuantiti yang minima.

Rugilah juga sebagai umat Islam jika bulan puasa tidak berbuka dengan buah kurma, kurang pahala amalan kita.

Disamping memakan buah kurma pastikan anda mengamalkan pengambilan minum air putih sekurang kurangnya 8 gelas sehari untuk menjaga kesihatan badan anda.

Jadi persoalan sama ada pesakit kencing manis boleh makan kurma ataupun tidak jawapannya adalah boleh, namun mestilah mengikut kadar dan pantang larang yang disyorkan kepada pesakit.

Baca juga tentang Hypo Kencing Manis

Adakah kurma boleh diambil pada bulan puasa sahaja jika ada kencing manis?

Tidak semestinya, anda boleh ambil bila bila masa sahaja dengan kadar yang perlu sahaja.

Apakah kandungan utama di dalam buah kurma?

Kandungan utama didalam buah kurma adalah dalam bentuk gula

Scroll to Top