Tahap Kencing Manis

punca kencing manis

Penyakit kencing manis adalah antara salah satu jenis penyakit yang paling banyak dihadapi oleh manusia. Sebenarnya penyakit ini ada jenis jenis dan tahap tahap kencing manis yang telah dikategorikan mengikut kajian.

Sebelum ini kita banyak mendengar bahawa ramai yang ada penyakit kencing manis ini kebanykkannya yang telah berumur 40 tahun ke atas.

Namun pada masa sekarang fakta ada menunjukkan bahawa pengidap penyakit ini sudah tidak kira usia malahan kanak kanak sekolah rendah pun sudah ada yang mengalami penyakit ini.

Antara faktor yang paling mudah orang ramai mengalami penyakit kencing manis adalah daripada faktor pemakanan. Makanan adalah punca utama kenapa ramai sangat orang mengalami penyakit ini.

Kita lihatlah sekarang makanan yang ada dalam pasaran bukan sahaja manis malahan di tambah dengan pelbagai jenis bahan kimia untuk bagi tahan lama lebih lebih lagi makanan segera dan yang telah diproses dan disejukbekukan.

Untuk tajuk itu kita kongsikan didalam artikel yang lain pula, kali ini kita nak tahu apakah tahap tahap penyakit ini yang boleh berlaku dalam badan seseorang.

Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.

Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan kepada:

Kencing manis tahap pertama

Ia juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM – ‘Insulin Dependent Diabetes Mellitus’) atau kencing manis awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas.

Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

Kencing manis tahap kedua

Penyakit pada tahap ini boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan.

Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan (suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).

Ramai golongan yang mengahdapi masalah penyakit pada tahap kedua ini.

Punca Kencing Manis

Kencing manis semasa mengandung

Pesakit yang mengalami pada tahap ini keadaannya adalah sementara, ia berlaku disebabkan perubahan hormon semasa mengandung. Namun ada juga yang selepas bersalin juga terus menghadapi penyakit ini.

INFOGRAFIK TAHAP TAHAP KENCING MANIS

Kesimpulan

Walau apa pun jenis dan peringkat yang di hadapi oleh anda, ikutlah saranan dan nasihat yang telah diberikan oleh doktor bagaimana untuk mengawal penyakit ini daripada menjadi lebih teruk.

Apa yang paling utama sekali daripada pengambilan ubatan adalah menjaga pemakanan seharian. Makanlah makanan yang sihat dan seimbang supaya kesihatan sentiasa terjaga. Kita usahakan ikhtiar dengan sehabis baik untuk kekalkan kesihatan.

Baca juga info tentang Tanda Tanda Kencing Manis

Berapakah jenis tahap kencing manis?

Tahap atau jenis kencing manis adalah terdiri daripada 3 jenis seperti yang diterangkan diatas.

Adakah kencing manis ketika mengandung akan kekal ke dalam diri pesakit?

Masalah kencing manis ketika mengandung ini boleh jadi kekal atau pun tidak selepas melahirkan anak bergantung kepada tahap dan penjagaan diri seseorang itu.

Scroll to Top