Punca Kencing Manis

punca kencing manis

Manusia apabila terkena sesuatu perkara barulah nak mencari punca bagaimana sesuatu itu terjadi tidak kiralah siapa pun kita. Begitulah juga dengan apa yang saya nak kongsikan di sini iaitu apakah punca punca kencing manis boleh berlaku dan faktor faktor penyebabnya.

Sesuatu penyakit yang berlaku memang ada sebab mengapa ia boleh berlaku dalam badan kita. Termasuk juga penyakit kencing manis yang mana ramai rakyat Malaysia yang mengalami masalah penyakit ini.

Penyakit kencing manis berlaku apabila hormon insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi atau tidak berkesan. Ini menyebabkan glukosa yang terkumpul didalam darah tidak dapat masuk ke dalam sel badan.

Oleh itu glukosa akan terkumpul dengan banyaknya dalam darah dan melimpah kedalam air kencing.

Keadaan ini juga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga walaupun paras glukosa tinggi dalam darah.

Itulah adalah daripada kajian saintifik bagaimana penyakit ini boleh berlaku. Mungkin bagig orang biasa macam kita susah nak faham ulasan ulasan yang agak medalam bekaitan penyakit ini.

Jadi kita lihat dengan perkara yang lebih mudah bagaimana punca kencing manis itu boleh berlaku.

Antara faktor faktor yang menyebabkan kencing manis boleh berlaku adalah:

Berat badan yang berlebihan (gemuk)

Berat badan yang berlebihan atau dikenali sebagai obesiti adalah antara punca penyumbang utama kepada maslah penyakit ini.

Jika seseorang mengalami masalah berat badan berlebihan maka banyak penyakit mudah dihadapi oleh mereka seperti kolestrol tinggi, darah tinggi, jantung dan juga termasuklah penyakit kencing manis.

Bagi mengelakkan daripada penyakit maka sesiapa yang mengalami masalah berat badan berlebihan hendaklah sedaya upaya mengawal berat badan dan berusaha menurunkan berat badan supaya dapat berat yang ideal.

Jika berat badan sudah terkawal maka risiko untuk mendapat sebarang penyakit di atas adalah lebih rendah.

Keturunan

Jika salah seorang daripada ibu bapa mengidap kencing manis kebarangkalian anak-anak mereka mewarisi penyakit ini adalah tinggi.

Ini adalah fakta daripada kajian yang telah diperolehi dan memang telah di perakui. Maka jika kita ada ibu bapa yang ada kencing manis kita perlu terima hakikat.

Namun ia bukanlah bermaksud kita kena terima bulat bulat bahawa kita juga akan kena penyakit ini. Kita yang masih sihat dah belum terkena penyakit ini seharusnya berikhtiar untuk mengelakkan daripada ia berlaku ke atas diri kita.

Amalkan kehidupan yang sihat, makan makanan yang seimbang dan sentiasa bersenam untuk menjaga kesihatan disamping amalkan apa apa makanan tambahan jika perlu.

Corak pemakanan yang tidak terkawal

Makanan adalah punca utama sebarang jenis penyakit yang berlaku dalam badan manusia. Ini adalah fakta yang kita tidak boleh nafikan. Ada pepatah mengatakan bahawa “kita apa yang kita makan”.

Maksudnya apa makanan yang kita masukkan kedalam perut kita, jika berkhasiat maka eloklah untuk badan jika tidak berkhasiat maka tidak eloklah untuk badan.

Kita hanya nak makan makanan yang sedap sahaja setiap hari kan. Kalau air tak cukup manis pasti kita akan tambah gula nak bagi sedap.

Kalau masakan tak cukup garam tentu rasanya tak sedapkan. Tak kira siapa tentu sahaja semua orang nak makan sedap sedap.

Namun dalam nak makan sedap sedap tu kenalah beringat juga untuk kesihatan.

Selain itu corak pemakanan yang tak baik dan tak terkawal juga menjadi punca bukan sahaja pada penyakit ini malahan kepada penyakit penyakit lain juga.

Makan lewat malam selepas pukul 2-3 pagi kemudian balik rumah terus tidur.

Sangat kerap makan makanan segera seperti burger, cekedis dan sebagainya.

Selalu minum minuman yang banyak gula seperti yang banyak terdapat dijual dipasaran

Kita boleh minum dan makan apa sahaja namun cuba kawal pengambilan setiap makanan dan minuman tersebut supaya kesiahatan kita terjaga.

Tidak aktif secara fizikal (kurang bersenam).

Tidak aktif secara fizikal bermaksud tidak bersenam bukan sahaja jarang bersenam malahan tidak pernah bersenam langsung.

Setiap hari hanya menjalankan rutin harian contohnya seperti jika kita bekerja kita hanya bekerja sahaja. Tidak ada masa diperuntukkan untuk bersenam walaupun di hujung minggu pada hari cuti walaupun dalam masa yang sekejap.

Malam pula hanya rehat di rumah makan dan tidur esok bangun dan pergi kerja.

Badan tidak berpeluh dan otot otot tidak dilakukan regangan. Sebolehnya berikan sedikit masa untuk bersenam atau buat aktiviti sukan beramai ramai.

Faktor umur

Faktor ini memng kita tak boleh lari walau siapa pun kita. Apabila dah berumur maka badan akan semakin kurang daya tak sama macam zaman muda muda dulu.

Lebih lebih lagi apabila umur dah masuk 40 tahun keatas maka banyak kekuatan yang semakin hilang. Untuk kekalkan kesihatan perlulah jaga semua aspek pemakanan, penjagaan badan dan ambil apa apa vitamin seperti madu atau herba untuk kekalkal kesihatan yang baik.

Lain lain faktor

Faktor faktor lain yang dikenal pasti boleh menjadi asbab kepada penyakit kencing manis ini adalah seperti bangsa dan jantina. Di Malaysia ia lebih ketara dikalangan kaum India dan Melayu.

Namun sekarang ini kita lihat faktor bangsa dan jantina ini agak sukar untuk dijadikan penanda aras kerana kita lihat trend sekarang semua jenis bangsa dan jantina memang ada penyakit kencing manis ini.

Kesimpulan

Setelah dilihat daripada faktor faktor dan punca punca kencing manis yang telah di senaraikan di atas maka kita tahu bahawa kita sebolehnya kena elakkan apa yang tak sepatutnya dan amalkan apa yang sepatutnya bagi menjaga kesihatan dan mengelakkan daripada sebarang penyakit mudah berlaku dalam diri kita.

Baca juga Apakah tahap tahap kencing manis

Apakah punca utama yang boleh menyebabkan penyakit kencing manis ini berlaku?

Antara punca utama yang boleh menyebabkan penyakit kencing manis adalah berpunca daripada amalan pemakanan seseorang.

Adakah jika ibu atau ayah ada kencing manis maka anak anak juga akan mendapat penyakit kencing manis ini?

Antara faktor penyakit kencing manis adalah melalui keturunan namun tidak semestinya anak anak akan ada penyakit ini jika ibu atau ayah merupakan pesakit kencing manis.

Scroll to Top