Hypo Kencing Manis

Hypo Kencing Manis

Apakah yang dikatakan sebagai hypo kencing manis dan bagaimana boleh terjadi.

Ia adalah perkataan ataupun istilah yang jarang kita dengar dan kebanyakkan orang biasa tidak faham dengan maksud perkataan ini.

Bukan itu sahaja malahan ramai yang tidak tahu apakah perkara yang dirujuk berkaitan dengan istilah ini.

Maksud Hypo Kencing Manis

Perkataan sebenarnya ialah Hipoglisemia adalah kesan dan tindak balas yang berlaku kepada pesakit kencing manis.

Ia hanya berlaku kepada orang yang ada masalah kencing manis sahaja.

Keadaan Hipoglisemia adalah keadaan yang berlaku apabila paras gula (glukosa) darah dalam pesakit kencing manis jatuh terlalu rendah daripada keadaan biasa.

Bacaan hypo kencing manis iaitu paras gula ketika kejadian biasanya sangat sangat rendah.

Punca Boleh Berlaku

Antara punca hipoglisemia mungkin diakibatkan daripada.

1. Menggunakan terlalu banyak lebih insulin.

2. Pengambilan makanan yang berjumlah terlalu sedikit, amalan makan lewat atau pada ketika itu langsung tidak mengambil apa apa makanan.

3. Membuat aktiviti fizikal yang berat tanpa memakan lebih karbohidrat.

Tanda Tanda Hypo

Apakah tanda tanda hypo? Antara kesan hypo kencing manis ialah:

1. Merasa lapar.

2. Berpeluh dengan banyak.

3. Letih lesu penat tak larat

4. Rasa mengantuk.

5. Gelisah dan tidak tenteram.

6. Denyutan jantung yang cepat, gementar, penglihatan kabur.

7. Koma. Biasanya ramai juga yang akan jatuh pengsan jika berlaku hypo ini.

Rawatan Jika Berlaku Hypo

Apa yang perlu dilakukan atau rawatan hipoglisemia yang boleh di buat semasa ia berlaku?

1. Minum sedikit air buah-buahan
2. Ambil 1/2 tin minuman ringan
3. Ambil 2 sudu teh gula pasir
4. Makan sedikit snek
5. Ambil 7 biji kekacang jeli
6. Gosokkan serbuk glukos ke gusi

7. Berikan gula gula kepada pesakit juga membantu untuk masalah ini.

Bagi pesakit, pastikan anda sentiasa membawa gula-gula pada setiap masa bagi menghadapi kecemasan seperti ini hypo kurang gula apabila paras gula dalam darah menurun.

Perkara ini boleh datang secara tiba tiba. Ia adalah seperti satu serangan.

Pesakit kencing manis perlu sentiasa waspada berkenaan gejala ini.

Jika anda di rumah ia tidak masalah kerana ada ahli keluarga anda yang akan mengambil tindakan segera jika berlaku masalah hypo ini.

Namun jika anda berada diluar dan seorang diri lebih lebih lagi ketika memandu dan berjalan eloklah sentiasa mengamalkan apa yang di senaraikan di atas.

Pastikan anda makan awal dan makan terlebih dahulu jika ingin melakukan apa apa aktiviti.

Pastikan juga sentiasa bersiap sedia dengan bekalan kecemasan seperti yang disyorkan di atas supaya jika hypo menyerang anda sudah tahu untuk melakukan apa yang perlu ketika itu.

Baca juga Makanan Pantang Untuk Kencing Manis

Adakah semua pesakit kencing manis akan mengalami masalah Hypo ini?

Tidak semua pesakit kencing manis akan berlaku masalah ini, ia bergantung pada penjagaan kesihatan individun dan rutin kehidupan seharian.

Selain daripada Hypo apa lagi yang boleh berlaku pada pesakit kencing manis?

Satu lagi perkara yang boleh berlaku adalah Hyper dimana keadaan gula terlalu tinggi

Scroll to Top