Bagaimanakah cara mengesan kencing manis ini sama ada terdapat dalam badan kita ataupun tidak.
Penyakit kencing manis adalah satu penyakit yang menyerang manusia dalam keadaan senyap senyap tanpa kita sedar.
Buat Pemeriksaan Paras Gula
Jika anda nak tahu sama ada anda penyakit kencing manis atau pun tidak, perkara yang paling mudah dan pantas untuk tahu adalah membuat pemeriksaan kadar gula dalam darah anda.
Ini adalah cara yang paling mudah dan paling cepat untuk tahu keputusannya.
Untuk melakukan pemeriksaan ini anda boleh berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.
Selain itu anda boleh juga melakukan pemeriksaan gula dalam darah di farmasi. Pihak farmasi ada mengenakan beberapa jumlah bayaran untuk melakukan pemeriksaan ini.
Jika anda ingin melakukan sendiri di rumah anda boleh membeli glucometer alat untuk membaca kadar gula dalam darah. Anda boleh dapatkan peranti ini di farmasi berdekatan anda.
Jika anda tidak mahu beli alat ini boleh minta daripada sedara mara ataupun kawan kawan yang ada menggunakan alat ini untuk mengukur kadar gula mereka.
Biasanya orang yang mempunyai alat ini adalah orang yang menghadapi masalah kencing manis.
Tidak cara lain yang paling cepat untuk anda kesan sama ada anda menghadapi kencing manis atau tidak melainkan dengan cek paras gula dalam darah anda.
Janganlah takut untuk periksa paras gula walaupun anda nampak sihat.
Mengetahui kadar paras gula dalam badan adalah sebagai satu langkah yang amat baik juga yang boleh dilakukan secara berkala untuk menjaga dan memantau tahap kesihatan anda.
Kenali Dan Kesan Simptom Kencing Manis
Selain daripada melakukan pemeriksaan gula dalam darah anda juga boleh mengesan kencing manis jika ia berlaku melalui gejala gejala ataupun symptom symptom yang boleh berlaku pada badan seseorang.
Antara gejala gejala kencing manis yang biasa berlaku adalah:
- Kerap membuang air kecil
- Sentiasa merasa dahaga
- Merasa letih dan lesu
- Mata semakin kelabu
- Selalu berasa lapar
- Luka dan kudis yang lambat sembuh
- Gatal gatal terutama di bahagian kemaluan
- Tapak kaki dan tangan kebas menyucuk
- Berat badan menyusut walau selera makan baik
Jika anda mengalami antara salah satu gejala di atas maka anda mungkin berisiko untuk ada kencing manis. Namun berlakunya symptom di atas tak semestinya ada kencing manis dalam badan.
Untuk membuktikannya adalah dengan melakukan ujian paras gula dalam darah, ini sahaja cara yang terbaik untuk tahu hasil yang betul.
Kita tidak boleh agak agak sahaja melalui symptom yang berlaku dalam badan kita.
Oleh itu untuk mendapatkan kesihatan yang baik segeralah buat pemeriksaan kesihatan secara berkala. Tidak perlu tunggu sakit ataupun ada symptom baru ingin lakukan pemeriksaan kesihatan.
Sentiasa waspada dan beringat penyakit boleh datang bila bila masa sahaja. Anda boleh pilih cara mengesan kencing manis yang sesuai dengan anda untuk dipraktiskan.