Kali kita berkongsi pula tentang bagaimana cara buat jus peria katak untuk kencing manis.
Apabila bercakap tentang penyakit kencing manis maka kita tidak boleh lari untuk bercerita tentang amalan amalan dan petua petua semulajadi.
Yang mana amalan amalan ini boleh di gunakan untuk mengawal paras gula dalam darah.
Sayur Peria Katak
Sebelum kita bercerita tentang pembuatan jus ni kita kenali dulu serba sedikit tentang sayuran ini.
Peria katak yang kita kenali adalah tergolong dalam jenis sayur sayuran. Ia mudah untuk di dapatkan di mana mana sahaja.
Anda boleh beli sama ada di pasar tani, pasar malam ataupun di pasaraya pasaraya besar.
Kalau anda ada tanah sama ada duduk di kampung ataupun bandar anda boleh tanam sayuran ini di kawasan rumah anda.
Ianya mudah dijaga dan lebih mudah lagi ia tidak memerlukan kawasan yang luas untuk di tanam.
Lagipun kita hanya tanam bukan untuk berniaga sekadar nak makan harian jadi tak perlu pun melibatkan tanah yang luas.
Penggunaan sayur peria katak ini biasanya amalan orang kita akan buat sayur sayuran dan di makan dengan nasi.
Feveret biasanya peria goreng bersama telur dan sedikit cili untuk pedas, pasti bertambah tambah nasi.
Dan ada yang lebih hebat lagi mereka mengamalkan sayuran ini dengan buat ulam, hanya makan mentah mentah sahaja dengan nasi.
Rasa sayuran ini pastinya semua orang tahu bagaimana rasanya, sudah tentu rasa pahit. Sebab tu orang yang makan mentah mentah dalam makanan harian mereka saya tabik kepada mereka.
Sudah tentu ianya bagus untuk kesihatan kalau makan mentah mentah macam tu.
Khasiat peria katak untuk kencing manis memang diketahui ramai. Bagi pesakit kencing manis, peria katak dipercayai mampu mengawal paras gula dalam badan mereka.
Jadi amatlah rugi jika anda ada kencing manis anda tak cuba amalkan sayuran ini.
Cara Pembuatan Jus
Kali ini kita cuba lihat bagaimana cara buat jus peria katak untuk kencing manis.
Untuk buat jus ini ianya amatlah mudah.
Untuk pertama kali bagi yang belum pernah minum jus ini elok mulakan dengan menggunakan 1 biji peria katak sahaja dulu.
Biasanya saiz dia kecil kecil sahaja, pilih yang sederhana jangan ambil yang kecil kecil sangat.
Jadi apa yang anda perlukan adalah:
- 1 biji peria katak, buang biji dan potong potong supaya senang di kisar
- 250 ml air putih (kalau terlalu pekat nanti boleh tambah air semula)
- Blender.
Campurkan semua dan kisar di dalam blender kemudian dah selesai boleh tapis untuk buang keladak keladak yang ada.
Simpan dalam peti sejuk.
Kalau anda rajin dan suka minum fresh, boleh buat setiap hari cuma kurangkan jumlah air dan peria katak cukup sekadar untuk saiz secawan kopi.
Cara Minum Jus Peria Katak
Cara amalkannya adalah boleh ambil secawan pagi dan secawan malam.
Sebaiknya ambil semasa perut masih kosong. Jarakkan pengambilan dengan ubat hospital ya.
Kemudian dalam 2 ke 3 hari anda boleh semak paras gula dalam badan anda.
Amalan ini hanyalah petua dan ikhtiar kesan dan hasil bergantung kepada kesesuaian dengan individu juga.
Kalau anda rasa terlalu cair dengan resepi tadi and boleh kurangkan air kepada 150 ml semasa mengisar. Terpulang kepada anda.
Selain buat jus anda juga boleh makan mentah mentah sebagai ulam semasa makan nasi.
Amalan amalan dan petua ni sebaiknya dilakukan secara berterusan dan konsisten untuk mendapatkan hasil yang baik. Bukannya buat dalam tempoh seminggu atau 2 minggu dah nak nampak perubahan.
Ada orang yang nampak perubahan cepat dan ada orang yang nampak perubahan lambat. Malahan ada yang tak ada apa apa perubahan. Mungkin tak sesuai kena guna ikhtiar dengan cara lain pula.
Nak dapat hasil kenalah cuba, kalau tak cuba mana kita nak tahu kan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.
Baca juga apa perlu buat jika Bacaan Kencing Manis Terlalu Tinggi
Rasa peria katak adalah sedikit pahit
Jika anda makan ubat hospital anda juga boleh amalkan jus ini cuma kena jarakkan masa pengambilan.