Antara masalah yang sering dihadapi oleh kita semua adalah masalah tahap kolestrol yang tinggi. Untuk itu kali ini kita lihat antara cara cara kurangkan kolestrol yang anda boleh lakukan.
Pada masa ini banyak masalah yang dihadapi oleh manusia terutama sekali berkaitan tentang penyakit.
Sesiapa sahaja boleh mendapat masalah kolestrol tinggi ini. Punca utama ialah daripada makanan yang kita masukkan ke dalam perut kita.
Antara jenis makanan yang menjadi penyumbang utama masalah ini ialah makanan bergoreng dan makanan yang mempunyai banyak lemak.
Namun kali ini kita lihat dahulu cara cara kurangkan kolestrol antaranya ialah:
Perubahan gaya hidup
Yang pertama sekali anda perlu lakukan adalah mempunyai niat dan azam yang kuat untuk turunkan kolestrol supaya dapat mengelakkan daripada mendapat penyakit yang berkaitan.
Anda perlu ubah gaya hidup anda terutama sekali cara kehidupan anda dalam 24 jam setiap hari. Atur jadual harian anda dengan baik terutama sekali daripada sudut penggunaan masa.
Bahagikan masa anda dengan baik daripada segi kerja, masa untuk makan dan juga masa untuk keluarga di rumah.
Elakkan makan lewat malam dan mengambil makanan yang berlebihan untuk perut anda.
Mengurangkan tekanan
Antara cara yang terbaik untuk mengurangkan tekanan adalah dengan memahami faktor yang akan menyebabkan anda menjadi stress. Cuba elakkan faktor faktor ini daripada berulang dan menyebabkan boleh menjadi stress.
Jika faktor faktor yang boleh membuat anda menjadi stress berulang cuba hadapi kali ini dengan lebih tenang dan lakukan sesuatu perkara yang lain untuk mengelakkan stress tersebut daripada berlaku.
Mungkin anda boleh mulakan dengan aktiviti hobi yang baru pada masa santai seperti hujung minggu untuk melakukan perkara tersebut.
Lakukan Senaman
Aktiviti senaman dapat membantu anda mengurangkan tahap tekanan dan ini adalah salah satu perkara terpenting untuk meningkatkan kesihatan dan menurunkan tahap kolestrol anda.
Senaman senaman ringan yang anda boleh lakukan sekurang-kurangnya berjalan kaki setiap hari. Mulakan dengan berjalan dalam masa 5 ke 10 minit setiap hari cukup untuk bantu anda dapatkan senaman yang bermanfaat memandangkan anda seorang yang sibuk setiap hari.
Dihujung minggu pada hari cuti mungkin anda boleh lebihkan masa untuk lakukan aktiviti senaman ini. Yang penting adalah kena dilakukan secara berterusan bukan sekejap buat sekejap tak buat.
Berhenti merokok
Jika ada seorang perokok ini merupakan perkara terpenting yang harus anda lakukan untuk diri sendiri dan orang yang anda sayangi di sekeliling anda.
Merokok memang tak bagus untuk kesihatan manusia. Kajian telah menunjukkan pelbagai penyakit boleh terjadi dikalangan perokok.
Jika anda merokok bukan sahaja anda sahaja yang hisap asap tersebut, orang sekeliling juga akan menghisap asap daripada rokok anda juga. Jadi fikirkan semula kesihatan diri sendiri dan orang di sekeliling kita juga.
Dengan berhenti merokok ia akan membantu untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik secara tak langsung.
Merokok juga memerlukan wang yang banyak setiap hari, jika anda berhenti merokok sekaligus anda jimat duit bulanan anda juga.
Diet Makan Makanan Yang Sihat
Anda mesti mula mengamalkan diet yang baik dan seimbang untuk makanan harian anda. Anda mesti mengambil makanan seimbang seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar setiap hari yang mana ia mesti ada setiap kali anda makan.
Mula tinggalkan makanan yang tak berkhasiat seperti makanan dan minuman segera. Makanan segera sangat berbahaya kerana penuh dengan lemak dan garam buruk dan tanpa kalori.
Jauhkan dari makan minyak terhidrogenasi dan makanan yang diproses.
Elakkan makanan yang bergoreng. Elakkan makanan yang banyak lemak.
Mulakan makan makanan yang di masak tanpa menggunakan gorengan seperti masak secara kukus dan rebus.
Biskut, kek, muffin mengandungi gula dan lemak tidak sihat. Oleh itu, anda harus menjauhi makanan ini untuk meningkatkan kesihatan anda. Mungkin tidak selesa pada awalnya tetapi anda harus menyesuaikan diri dengan rutin ini.
Beberapa makanan yang bermanfaat yang boleh diambil adalah seperti:
- Lemak dan minyak yang baik seperti (Minyak Zaitun, Minyak Ikan).
- Sayuran dan buah-buahan segar.
- Ikan (bebas merkuri).
- Anggur dan jus oren.
- Kekacang.
- Karipap.
- Alpukat.
- Bawang putih.
- Blueberry
- Oat dan serat larut.
Anda juga kena jauhkan atau kurangkan diri daripada mengambil makanan di bawah:
- Kafein.
- Gandum.
- Daging merah.
- Muffin.
- Soda.
- Alkohol.
- Makanan segera.
- Makanan dalam tin atau siap.
- Gula halus.
Berikut adalah beberapa makanan tambahan yang dapat membantu meningkatkan kesihatan dan menurunkan kolestrol anda seperti B Kompleks, Vitamin C, E, D, Minyak ikan.
Jangan ragu ragu lagi dan lakukan segera semua perubahan dalam gaya hidup anda secara positif untuk meningkatkan kesihatan anda.
Semoga dengan 5 cara kurangkan kolestrol ini dapat membantu anda untuk lakukan selepas ini.
Ambil tahu juga tentang Bacaan Gula Dalam Darah
Anda perlu ke hospital atau klinik untuk lakukan ujian kolestrol
Makanan yang perlu dielakkan adalah yang berminyak dan berlemak.