Bacaan Gula Dalam Darah

penjagaan kaki untuk pesakit kencing manis
Alat glucometer

Jika anda pada masa sekarang tercari cari tentang maklumat bacaan gula dalam darah mungkin sama ada anda ada mengalami masalah kencing manis ataupun sekadar mencari maklumat untuk pengetahuan anda.

Apa pun tujuan anda adalah tidak penting, yang penting ialah anda ada kesedaran untuk mengambil tahu keadaan paras gula dalam badan tidak kiralah anda sihat ataupun telah menghidapi kencing manis.

Semak Paras Gula Dalam Badan

Tidak perlu tunggu dah kena kencing manis baru nak cek paras gula, waktu badan sihat pun sebenarnya kena jaga kesihatan takut takut kencing manis menyerang tanpa sedar.

Untuk makluman anda bacaan gula dalam darah yang normal ialah antara 4.4 -7.0.

Jika anda cek paras gula dan keputusannya lebih daripada angka tersebut maka kebarangkalian mungkin anda ada kencing manis.

Kadar bacaan normal bacaan gula dalam badan adalah lebih kurang sama sahaja sama ada bagi lelaki atau wanita .

Jika anda cek gula dan mendapati paras gula agak tinggi anda boleh juga lihat daripada gejala atau symptom yang yang boleh berlaku dalam badan seseorang jika menghadapi kencing manis.

Antara symptom symptomnya ialah seperti:

  • Kerap membuang air kecil
  • Terasa amat dahaga
  • Sentiasa rasa lapar
  • Penurunan berat badan
  • Keletihan dan lesu
  • Luka yang lambat sembuh 
  • Gatal gatal dikulit seperti dikemaluan
  • Mata menjadi kelabu dan kabur

Berjumpa Doktor Dengan Segera

Jika anda mempunyai kadar gula yang tinggi kemudian anda mempunyai salah satu gejala gelaja yang disenaraikan di atas.

Maka anda perlu lah segera melakukan pemeriksaan lanjut dengan berjumpa doktor untuk dapatkan khidmat nasihat dan rawatan yang selanjutnya jika perlu.

Bacaan gula selepas makan biasanya adalah lebih tinggi sedikit bacaannya berbanding bacaan semasa tidak makan

Terutama sekali ketika berpuasa pada bula Ramadhan sebagai contohnya.

Begitu juga jika anda sudah ada kencing manis anda makan pada waktu malam dengan makanan yang agak berat atau minum minuman bergula.

Pada esok paginya jika cek gula memang kadar bacaannya agak tinggi walaupun anda belum ambil apa apa makanan dan minuman.

Oleh itu seeloknya elakkan makan pada sebelah malam dengan menu yang begitu berat seperti nasi, pulut lebih lebih lagi jika ada majlis kenduri di sebelah malam.

Ini apa yang saya dengar daripada orang yang mengalami masalah kencing manis itu sendiri.

Buat Pemeriksaan Sendiri Di Rumah

Bagaimana cara nak semak paras gula dalam darah dengan pantas dirumah?

Cara terkini untuk cek kadar gula dalam darah adalah dengan mengunakan alat cek kencing manis yang jua di kenali sebagai glucometer.

Sekiranya anda atau ahli keluaraga anda telah didiagnosis menghidap kencing manis, langkah pertama yang boleh dilakukan adalah dengan mencari alat glucometer ini.

cek bacaan gula dalam darah

Alat ini akan memudahkan anda untuk cek bacaan gula dalam badan setiap hari daripada rumah.

Tak perlu ke hospital atau klinik, hanya boleh lakukan sendiri daripada rumah sahaja.

Meter glukosa atau glucometer ini adalah alat perubatan untuk menentukan anggaran jumlah glukosa dalam titisan darah yang diambil dengan menyucuk jarum pada jari untuk dapatkan darah.

Meter di alat ini akan menunjukkan keputusan selepas darah yang diambil telah dibaca.

Alat ini mudah digunakan dan boleh dibeli dan diletakkan dirumah dan ia memang direka untuk orang biasa boleh menggunakan dengan sendiri.

Terutama sekali bagi mereka yang sedang mengalami masalah kencing manis.

Lakukan Amalan Pencegahan

Jika anda sudah tahu bacaan gula anda tinggi, jangan sesekali biarkan ia terus tinggi. Anda haruskan lakukan langkah langkah awal untuk menurunkan paras gula dalam badan anda.

Mulakan dengan dengan megamalkan gaya kehidupan yang sihat dengan kehidupan seharian yang lebih baik.

Mulai makan makanan yang baik yang tidak manis dan juga yang tidak berlemak.

Kurangkan minum minuman yang manis dan banyakkan minum air kosong sekurang kurangnya 8 gelas air putih sehari.

Mulakan juga mengamalkan senaman senaman ringkas yang mudah untuk anda keluarkan peluh.

Luangkan sedikit masa bagi menjalankan aktiviti senaman ringkas paling mudahpun buat senaman ringan seperti berjalan kaki.

Apa yang penting anda mulakan dahulu nanti lama lama akan jadi rutin dan kebiasaan hidup anda.

Baca juga tentang cara mencegah kencing manis

Bolehkah jika tidak ada kencing manis untuk buat pemeriksaan gula dalam darah?

Boleh tidak ada masalah untuk dilakukan bagi tujuan pencegahan.

Kalau dah ada kencing manis berapa kali sehari kena cek paras gula?

Kalau dah ada kencing manis anda boleh tentukan sendiri berapa kali nak cek gula dalam sehari tidaklah perlu terlalu kerap, namun jikalau rasa badan tak sedap tu segeralah cek para gula.

Scroll to Top