Cara Mencegah Kencing Manis

Cara Mencegah Kencing Manis

Apabila dah terkena dengan penyakit ini maka terpaksa lah makan ubat setiap hari dan kali ini kila lihat pula bagaimana cara mencegah kencing manis yang boleh anda amalkan.

Ramai orang sekarang menghadapi pelbagai jenis penyakit termasuklah juga penyakit kencing manis.

Penyakit ini pada masakini menunjukkan trend yang sangat menakutkan di mana jumlah pesakit yang semakin meningkat saban tahun. 

Walaupun bagi sebahagian penyakit ini tidak dapat dielakkan, mungkin disebabkan oleh faktor keturunan atau faktor-faktor lain, namun sebahagian besarnya masih dapat dicegah dengan mengamalkan cara mencegah kencing manis yang dikongsikan disini.

Sebelum penyakit ini berkembang sepenuhnya didalam badan, anda akan melalui tahap yang dikenali sebagai pra-diabetes. Di sinilah anda mula mendapat beberapa gejala, yang jika diabaikan, boleh menyebabkan kencing manis sepenuhnya.

Amalkan langkah langkah pencegahan ini sebagai rutin harian anda supaya anda dapat mengelakkan penyakit ini daripada berlaku dalam diri anda:

Turunkan Berat Badan

Sekiranya anda mempuyai masalah berat badan berlebihan anda berisiko menghidap penyakit ini.

Mula kurangkan jumlah makanan yang anda ambil setiap hari  sehingga anda secara beransur-ansur dapat makan dengan jumlah yang lebih sedikit dan mula menurunkan berat badan.

Minum segelas air kosong atau minuman bebas gula sebelum makan anda untuk mengatasi rasa lapar.

Kurangkan Pengambilan Lemak

Kurangkan jumlah lemak yang anda makan.

Panggang atau bakar makanan anda dan elakkan dengan memasak melalui mengoreng menggunakan minyak.

Amalkan makanan yang mempunyai lemak yang rendah dan mempuyani banyak serat.

Elakkan Makan Lewat Malam

Elakkan makan pada lewat malam sehingga pukul 1 – 2 pagi baru nak makan.

Amalan ini akan menyebabkan anda menjadi semakin tidak sihat bukan sahaja kencing manis boleh berlaku malahan penyakit lain pun mudah akan terjada dalam badan.

Banyakkan Minum Air Putih

Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air putih setiap hari.

Elakkan minum minuman yang perlu dibancuh dengan gula seperti minuman cordial, minuman segera 3 dalam 1.

Pastikan setiap hari wajib minum 8 gelas air putih setiap hari.

Kurangkan Ambil Gula

Mula kurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman anda setiap hari.

Kurangkan sukatan secara bertahap sehingga anda mampu makan makan dan minum dengan rasa yang kurang manis.

Lakukan Senaman Selalu

Senaman baik untuk kesihatan. Tetapi jika anda tidak biasa bersenam maka mulakan dengan senaman yang ringan dan sederhana.

Mulakan berjalan dengan perlahan selama 15 minit setiap hari kemudian tingkatkan lagi corak senaman anda kepada berlari pula.

Senaman yang berterusan mampu memberikan kesihatan yang baik kepada anda.

Jika anda mengamalkan cara cara mencegah kencing manis di atas secara konsisten, insyaallah dengan ikhtiar tersebut dapat mengelakkan anda daripada terkena penyakit ini.

Jika anda dah kena kencing manis sekalipun elok lakukan juga aktiviti di atas untuk maintainkan kesihatan anda setiap hari.

Baca juga berapa bacaan kencing manis yang normal

Adakah dengan mengamalkan panduan di atas boleh jamin penyakit kencing manis dicegah?

Tiada jaminan untuk terkena penyakit kecing manis namun ini adalah usaha dan ikhtiar sahaja.

Siapakah yang perlu melakukan amalan pencegahan ini?

Semua orang tidak kira jantina atau umur perlu melakukan usaha pencegahan ini bagi mengelakkan risiko terkena penyakit kencing manis.

Scroll to Top