Jadual Pemakanan Pesakit Kencing Manis

jadual pemakanan pesakit kencing manis
Pemakanan yang sihat

Kali ini kita lihat pula secara ringkas bagaimana jadual pemakanan pesakit kencing manis yang anda boleh lakukan di rumah.

Apabila menghadapi penyakit ini tentu sahaja perkara utama yang sangat dititikberatkan adalah pengambilan makanan dan juga masanya.

Prinsip Asas Diet

Contoh diet untuk pesakit kencing manis adalah seperti berikut:

1. Apa yang hendak di makan?

2. Waktu makan yang sesuai.

3. Amaun makanan yang boleh dimakan.

Antara contoh ringkas jadual pengambilan makanan mengikut prinsip di atas adalah seperti berikut:

SARAPAN PAGI
1 cawan nasi atau mee atau bihun atau 3 keping roti atau 1 keping capati.
1 biji telur atau 1 keping daging.
Teh atau kopi + 2 sudu paras susu tepung
MINUM PAGI
2 keping kuih (tanpa gula) atau 6 keping biskut.
Teh atau kopi (tanpa gula).
MAKAN TENGAHARI
1 1/2 cawan nasi putih
Seekor ikan (sederhana saiz) atau 1 ketul ayam atau 1 keping daging.
Satu cawan sayur
Sebiji biji limau atau 1 potong betik/tembikai/nenas.
MINUM PETANG
2 keping kuih (tanpa gula).
Teh atau kopi (tanpa gula).
MAKAN MALAM
Sama seperti makan tengahari atau 1 1/2 cawan mee atau bihun atau kuey teow atau 4 keping roti.
Jadual Pemakanan bagi Pesakit Kencing Manis

Ini adalah satu contoh ringkas jadual pengambilan makanan bagi pesakit kencing manis dan apa yang perlu dimakan beserta jumlah amaun pengambilan.

Anda boleh tukar tukar dan pelbagaikan menu selagi mana ia tidak mendatangkan risiko buruk dan lebih teruk kepada tahap kencing manis anda.

roti

Makanan Yang Perlu Dihadkan

Jenis makanan dalam kumpulan ini boleh diambil dalam jumlah yang sederhana banyaknya.

Kategori makanan dalam kumpulan ini akan dicerna dan di serap dengan perlahan-lahan, dan dengan ini tidak menyebabkan peningkatan aras gula dalam darah secara mendadak.

Pengambilan makan dalam kumpulan ini harus diagihkan sepanjang hari, bukannya dimakan sekaligus dengan banyak.Contohnya:

1. Nasi

2. Bijirin

3. Biskut

4. Kekacang

5. Susu

6. Pasta

7. Semua jenis mee

8. Semua jenis tepung

9. Semua jenis ubi

10. Buah-buahan/jus

11. Sayuran berkanji (Contoh: labu)

12. Jagung

13. Serbuk coklat

kurangkan nasi

Makanan Yang Bebas Dimakan

Contoh:

1. Air kosong

2. Air mineral

3. Kopi dan teh

4. Air barli

5. Jus limau nipis

6. Sayur-sayuran

7. Ulam-ulaman

8. Cuka

9. Sup

10. Serbuk rempah

11. Serbuk cili

12. Herba

makan sayur

Pengambilan Serat Yang Betul

Serat atau serabut diet boleh didapati dalam bentuk larut

1. Yang larut dalam air-ia membantu melambatkan peyerapan nutrien.

2. Serat tak larut-tidak dapat dihadam oleh sistem pencernaan-membantu mengelakkan

    sembelit.

Serat yang tidak larut boleh digunakan dalam usaha mengurangkan berat badan kerana ia memberikan kekenyangan.

Pengambilan serat larut membantu melambatkan penyerapan gula dan kolestrol ke aliran darah. Saranan penganbilan serat: 30-40 gram sehari.

Contoh makanan yang mengandungi serat:

Sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan, kekacang, bijiran, bijirin sarapan pagi, jagung, pasta dan sebagainya.

serat dari sayur

Pengambilan Lemak Yang Betul

Terdapat dua jenis lemak:

1. Lemak tepu

Sumber utamanya adalah daripada sumber haiwan iaitu daging yang berlemak, kulit ayam, lemak pada ayam, susu penuh krim, mentega, keju dan dari sumber tumbuhan seperti santan kelapa. Lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap lemak dan kolestrol dalam darah.

2. Lemak tak tepu

Lemak poli tak tepu

Jenis lemak ini boleh didapati pada minyak jagung, minyak sayuran, minyak bunga matahari dan minyak soya.

Kajian menunjukkan lemak poli tak tepu boleh menurunkan tahap kolestrol dalam darah. Walaubagaimanapun, pengambilannya perlu dalam kadar yang sederhana.

Lemak mono tak tepu

Dijumpai dalam minyak zaitun dan minyak bijan. Kajian terkini mendapati lemak mono tak tepu boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Pengambilan Protien Yang Betul

Protien diperlukan untuk memperbaiki tisu di dalam tubuh dan memastikan pertumbuhan yang sempurna pada kanak-kanak.

Pengambilan protien 15-20% daripada jumlah tenaga yang diambil adalah disyorkan.

Protien boleh didapati daripada sumber bijirin (roti, beras, pasta, tepung, soya serta hasilannya yang lain-lain) atau daripada sumber haiwan (daging, ikan, telur, ayam dan produk tenusu).

Protien haiwan biasanya mengandungi lemak yang tinggi. Ini perlulah diberi perhatian dalam merancang pengambilan diet harian anda.

Pengambilan Vitamin Dan Zat Galian Yang Mencukupi

Kajian mendapati bahawa kekurangan zat galian seperti kromium dan selenium mempunyai kesan ke atas insiden diabetes.

Kromium mempunyai fungsi menyeimbangkan dan membantu mengekalkan gula darah pada mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat diabetes.

Kajian juga telah menunjukkan bahawa anti oksidan seperti vitamin C dan E serta Beta keroten (sejenis vitamin A larut air) boleh membantu mengurangkan risiko komplikasi diabetes.

Kesimpulannya selain daripada mengamalkan jumlah pengambilan makanan dan jadual yang betul.

Pesakit kencing manis juga perlulah juga menjaga pantang dan mengelakkan makanan yang boleh membuatkan kencing manis anda menjadi lebih buruk.

Berjumpalah doktor mengikut jadual yang telah ditetapkan jika anda ada kencing manis.

Baca juga info tentang Cara Mengesan Kencing Manis

dan juga Makanan Untuk Elak Kencing Manis

Kenapa pesakit kencing manis kena banyak pantang makanan?

Apabila dah terkena penyakit ini antara kaedah rawatan terbaik yang harus dilakukan juga adalah dengan berpantang makanan dan minuman yang boleh sebabkan gula jadi tinggi.

Bolehkah pesakit kencing manis makan durian?

Boleh makan durian cuma kena hadkan jumlah pengambilan supaya tidak berlebihan bukan tak boleh makan langsung.

Scroll to Top