Sekarang ini jika diri anda sendiri ataupun ahli keluarga atau orang tersayang menghidapi kencing manis, antara keperluan utama selain daripada ubatan adalah mempunyai mesin cek kencing manis sendiri di rumah.
Apakah Glukometer Dan Kegunaannya
Alat ini dikenali sebagai nama glucometer untuk memeriksa paras bacaan gula dalam darah.
Namun kita sebagai orang biasa memanggilnya dalam pelbagai bahasa yang mudah faham seperti alat test kencing manis dan sebagainya.
Peralatan atau pun mesin ini akan menjadi keperluan malahan akan digunakan oleh pesakit kencing manis untuk memeriksa tahap kencing manis mereka.
Menggunakan glukometer ini pesakit kencing manis hanya boleh melakukan sendiri di rumah.
Dan tidak perlu lagi ke klinik ataupun hospital untuk membuat ujian tahap kencing manis.
Dan ia juga akan menjimatkan kos perbelanjaan anda sebagai contohnya anda sudah jimat untuk bayar perkhidamatan di farmasi jika anda mempunyai alat ini.
Glukometer ialah suatu peranti perubatan untuk melihat paras gula dalam badan dengan pantas dan cepat.
Cara guna mesin cek kencing manis adalah dengan menusukkan jarum ke jari tangan anda untuk mendapatkan sejumlah kecil darah.
Kemudian darah tersebut diletakkan pada blood stripe kemudian dimasukkan kedalam peranti dan meter akan menunjukkan paras angka kencing manis anda.
Peranti ini direka untuk pesakit kencing manis supaya ia mudah di bawa kemana mana kerana saiznya yang kecil.
Malahan mudah digunakan oleh orang biasa walaupun tanpa pantauan daripada pakar kesihatan.
Terdapat pelbagai pilihan dan jenis model alat ini yang terdapat dalam pasaran.
Saiz purata kebanyakkan alat ini adalah lebih kurang saiz tapak tangan dewasa sahaja malahan ada yang lebih kecil.
Alat ini menggunakan bateri sebagai punca kuasa.
Cara Mendapatkan Alat Ini
Harga mesin cek kencing manis (glucometer) kalau dilihat di shopee anggaran harga ada yang bermula dengan RM 40 dan ke RM 50.
TENGAH CARI MESIN CEK KENCING MANIS YANG MURAH?
Ada juga yang berharga ratusan ringgit untuk model yang lebih mahal dan lebih baik.
Untuk mendapatkan alat ini juga anda boleh beli di farmasi sekitar kawasan anda.
Terpulang kepada anda untuk memilih model dan harga yang bagaimana, yang pasti ikutlah kemampuan anda.
Pilih lah harga yang mampu dan model yang terbaik dalam lingkungan bajet anda.
Benda yang yang perlu di beli jika habis adalah jarum dan blood strips.
Dengan adanya alat ini anda boleh jimatkan masa, tenaga dan juga wang anda untuk kerap kali berulang alik ke klinik ataupun ke farmasi.
Baca juga info tentang Cara Makan Habbatussauda Untuk Kencing Manis
Alat ini juga digunakan di hospital dan klinik untuk tujuan yang sama, jadi anda tidak perlu ragui keputusannya.
Bacaan gula diambil daripada sample darah yang dicucuk menggunakan jarum yang disediakan.