
Apa itu gula? Kebanyakkan kita menggambarkan gula sebagai gula atau gula merah yang dijual dikedai sahaja.
Gula juga terdapat dalam gula mentah, madu sirap jagung dan sirap pekat.
Dari segi kimia gula boleh wujud dalam bentuk glukosa, sukrosa, dekstrosa, laktosa, fruktosa dan maltosa. Gula pasir terdiri daripada 100% sukrosa.
Dimanakah terdapat gula?
1. Secara semulajadi
Gula wujud secara semulajadi dalam beberapa jenis makanan, contohnya buah-buahan dan sayuran berkanji.
2. Secara tersembunyi
Gula yang ditambah pada makanan semasa memproses dan menyediakan makanan
dirumah.Contohnya minuman kordial, minuman bergula, gula-gula serta kuih muih
tradisional.
Gula dan kesihatan kita.
Gula terhasil daripada proses pemecahan makanan berkarbohidrat didalam badan. Ini bermakna kita tidak memerlukan gula tambahan.
2 masalah kesihatan utama akibat pengambilan gula berlebihan
1. Ia menyebabkan kegemukan. Kegemukan adalah satu risiko yang berkait rapat dengan
penyakit diabetes, darah tinggi dan penyakit jantung.
2. Ia menggalakkan terjadinya karies gigi (kerosakkan gigi).
Berapa banyakkah gula yang perlu kita ambil setiap hari?
Secara purata, setiap rakyat Malaysia mengambil 24 sudu teh (120 gram) gula sehari termasuk gula tersembunyi. Jumlah ini 2.5 kali lebih tinggi dari yang disarankan.
Pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50 gram) termasuk gula yang ditambah atau tersembunyi. Pengambilan yang berlebihan ini adalah sangat tidak diperlukan oleh badan kita dan selaras dengan masalah ekonomi sekarang ini maka adalah sangat tidak wajar kita mengurangkan pengambilan gula mengikut keperluan badan sahaja.
Panduan mengurangkan pengambilan gula.
1. Kurangkan memakan makanan yang manis seperti kek, biskut, aiskrim, coklat, kuih-muih
dan bijirin bersira.
2. Lebihkan meminum air kosong. Kurangkan pengambilan minuman manis/bergas.
3. Kurangkan gula dalam resepi anda. Contohnya kandungan gula dalam resepi kek boleh
dikurangkan sehingga separuh tanpa menjejaskan rasa dan kualitinya.
4. Baca label pada produk. Pilih produk dengan kandungan gula yang lebih rendah atau
mempunyai label “Tanpa gula tambahan”
5. Makan buah-buahn segar sebagai pencuci mulut. Sekiranya membeli buah-buahan dalam
tin, pilih yang menggunakan air atau jus semulajadi. Elakkan buah-buahan yang ditinkan
dalam sirap pekat.
Semoga dengan perkongsian artikel tentang apa itu gula dan memberi sedikit manfaat kepada anda.
Baca juga tentang cara mencegah kencing manis
Tidak bagus jika suka ambil gula berlebihan?
Gula putih diperbuat daripada pokok tebu.