Bacaan Kencing Manis Terlalu Tinggi

bacaan kencing manis terlalu tinggi

Bacaan kencing manis terlalu tinggi sudah tentu situasi ini amat merisaukan anda sekalian.

Jika anda seorang yang yang sihat sudah tentu anda tidak risau dan tidak beberapa peduli tentang bacaan gula dalam darah anda.

Siapa yang tak risau bila lihat keputusan paras gula sangat tinggi. Sebelum ini sihat sentiasa tidak ada apa apa yang dibimbangkan.

Boleh makan apa saja dan minum apa saja. Tiba tiba cek gula naik ke paras berbelas belas tentu terkejut sangat.

Ada dua jenis golongan yang akan melakukan pemeriksaan paras kencing manis secara berkala iaitu:

  • orang mengambil berat tentang kesihatannya dan
  • golongan kedua ialah pesakit kencing manis yang memang terpaksa melakukan pemeriksaan sama ada mereka mahu ataupun tidak mahu.

Bila orang yang sihat yang menjaga kesihataan selalu, tiba tiba keputusan menunjukkan bacaan kencing manis terlalu tinggi.

Jika ini berlaku pastilah akan menyebabkan ia tidak senang duduk memikirkan apa puncanya yang boleh menyebabkan perkara ini berlaku.

Berjumpa Dengan Doktor

Jika perkara ini berlaku apa yang perlu dilakukan?

Jika anda mendapati paras gula anda tinggi selepas pemeriksaan dilakukan dapatkan nasihat daripada pusat pemeriksaan kesihatan.

Untuk pertama kali selepas keputusan yang pertama ini, mungkin anda tidak perlu mengambil pil dan ubatan lagi untuk stabilkan paras gula anda.

Anda boleh buat temujanji seterusnya untuk pemeriksaan kedua dan dalam tempoh ini anda kena lakukan rutin penjagaan makanan dan gaya hidup yang sihat untuk dapatkan hasil penurunan gula yang baik.

Tempoh seminggu atau dua minggu sebelum pemeriksaan selanjutnya anda mestilah dengan penuh disiplin menjaga pemakanan harian anda.

Amalkan Pemakanan Yang Sihat

Kena kurang gula dalam pengambilan makanan dan minuman anda. Dah mula kena kurangkan makanan berlemak, berkanji dan makanan segera yang diproses.

Mula kurangkan makan buah buahan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi seperti buah buahan tempatan rambutan, mata kucing, dokong, durian dan sebagainya.

Pastikan minum banyak air putih setiap hari sekurang kurangnya lapan gelas sehari untuk keperluan badan anda.

Selepas semua ini dilakukan sehingga sampai tempoh pemeriksaan kedua anda boleh lah buat pemeriksaan tahap gula anda.

Jika hasil pemeriksaan menunjukkan paras gula normal maka anda tak perlu ambil ubat ubatan dan hanya teruskan penjagaan makanan dan rutin harian anda.

Namun jika keputusan paras tidak normal maka mungkin anda akan dipertimbangkan untuk mengambil ubat ubatan.

Masa ini terpulang kepada anda, keputusan di tangan anda sama ada nak ambil ubat kencing manis atau tidak.

Anda nampak sihat tanpa ada gejala gejala dan symptom symptom berkaitan dengan kencing manis namun gula anda masih tinggi maka berkemungkinan anda akan dinasihatkan untuk ambil ubat untuk stabilkan gula anda.

Makan Ubat Dengan Teratur

Bagi pesakit kencing manis yang memang disahkan ada kencing manis dan mengambil ubat ubatan, jika paras gula tinggi selepas cek.

Kemungkinan mereka tidak mengambil ubat dengan tak ikut tempoh masa yang ditetapkan ataupun mereka makan makanan yang menyumbang kepada kenaikan paras gula dalam badan.

Sebab golongan ini mereka dan terima yang mereka dah ada kencing manis.

Kadang kadang mereka teringin nak makan macam macam yang mereka kena pantang.

Biasalah lumrah manusia kan teringin nak merasa lebih lebih lagi benda makanan yang mereka sukai dan pernah makan sebelum sebelum ini.

Lagi satu ada juga daripada mereka berkata kalau gula naik tinggi boleh makan ubat. Itu antara yang biasa kita dengar.

Itu adalah perkara biasa yang kita sering dengar lebih lebih lagi kebanyakkan mereka sudah golongan warga emas.

Kadang kadang kita nak larang lebih lebih pun tak boleh dalam hal hal makanan ni, kasihan juga mereka nak makan tapi bila dah makan gula pula naik.

Serba salah kita jadinya lebih lebih lagi anak anak yang tinggal bersama dengan ibu bapa mereka yang ada kencing manis.

Golongan yang ketiga dan mungkin yang paling ramai sekali ialah golongan yang tak pernah langsung buat pemeriksaan kesihatan.

Selagi mana sihat selagi itu tiada keperluan untuk membuat pemeriksaan.

Namun bila terjadi symptom symptom kencing manis dan apabila cek bacaan kencing manis terlalu tinggi mesti mereka juga terkejut ingatkan sihat tidak ada apa apa tapi ada kencing  manis rupanya.

Tapi beruntung lagi orang yang sempat cek gula dan tahu ada kencing manis, ada sesetengahnya tak pernah buat apa apa pemeriksaan kesihatan tiba tiba jatuh dan pengsan.

Bila cek ada yang ada penyakit 3 serangkai terus. Jadi nasib orang tak menentu dan masing masing tak sama.

Kesimpulan

Jadi bila kali terakhir anda cek paras gula dalam darah anda?

Anda dah baca perkongsian di atas kan, jadi jangan berlengah lagi segeralah cek paras gula anda dan buat pemeriksaan kesihatan secara berkala tak perlu tunggu sakit baru nak cek.

Jangan biar sampai dah teruk baru anda nak lakukan pemeriksaan kesihatan. Laburkan sedikit wang anda untuk menjaga kesihatan.

Ambil tahu juga tentang Pesakit Kencing Manis Boleh Makan Kurma ataupun tidak.

Adakah boleh cek bacaan kencing manis dirumah?

Anda boleh cek sendiri tahap kencing manis dirumah dengan menggunakan glukometer

Apakah sebab utama bacaan kencing manis boleh jadi terlalu tinggi?

Biasanya perkara ini berlaku kerana mengambil makanan yang mengandungi kadar gula yang tinggi.

Scroll to Top