Cara Makan Habbatussauda Untuk Kencing Manis

cara makan habbatussauda untuk kencing manis

Kali ini kita berbicara tentang cara makan habbatussauda untuk kencing manis.

Habbatussauda adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai banyak sangat manfaat untuk manusia.

Habbatussauda adalah juga dikenali dengan nama jintan hitam dan juga nama saintifiknya ialah Nigella Sativa.

Tumbuhan ini banyak terdapat di negara negara asia barat. Negara negara lain akan mengimport biji habbatussauda untuk mendapatkannya.

Tumbuhan ini mempunyai nilai komersial yang tinggi sehingga pelbagai produk dikeluarkan berasaskan tumbuhan ini, ianya juga dikatakan dapat menyembuhkan pelbagai penyakit.

Ada pelbagai jenis produk yang dikeluarkan dalam pelbagai bentuk seperti dalam bentuk minyak asli, softgel dan juga serbuk kapsul.

Biasanya 3 jenis bentuk produk ini banyak terdapat di dalam pasaran termasuk juga di Malaysia.

Jika anda yang mempunyai penyakit kencing manis dan ingin mengamalkan habbatussauda sebagai amalan untuk ihktiar bagi penyakit anda, anda boleh cuba mengambilnya.

Terserah anda ingin mengambil dalam bentuk minyak, atau softgel ataupun dalam bentuk serbuk kapsul.

Di sini kita lihat cara makan habbatussauda untuk kencing manis bagi ketiga tiga jenis bentuk produk ini.

Minyak asli

Jika anda mahu mengambil dalam bentuk minyak asli ini (liquid) pastikan anda beli minyak yang bertulis cold press iaitu minyak yang dikeluarkan oleh perahan yang tidak menggunakan haba maksudnya ia diperah terus secara mentah daripada bijinya.

Ia berwarna keemasan dan bukannya warna kehitaman.

Anda boleh ambil 1 sudu kecil (sudu teh) sehari sekali. Boleh ambil sama ada sebelah pagi ataupun malam.

Softgel

cara makan habbatussauda untuk kencing manis softgel

Untuk cara makan habbatussauda softgel anda boleh amalkan 1-2 biji setiap hari.

Kapsul Serbuk

cara makan habbatussauda untuk kencing manis kapsul

Begitu juga jika anda ingin makan habbatussauda dalam bentuk kapsul serbuk. Boleh ambil 1-2 biji setiap hari

Tips pengambilan habbatussauda

Pastikan anda banyakkan minum air putih setiap hari sekurang kurangnya 8 gelas sehari.

Biasanya setiap produk telah ditulis cara cara pengambilan produk yang telah dikeluarkan oleh mereka.

Ada juga yang mengesyorkan ambil kapsul atau softgel 2 biji pagi dan 2 biji malam bagi dewasa.

Ini adalah terserah kepada anda. Anda boleh rujuk dengan pakar kesihatan anda untuk maklumat lanjut bagaimana cara yang seharusnya anda ambil.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Baca juga info tentang Cara Buat Jus Peria Katak Untuk Kencing Manis dan Tanda Tanda Resdung

Dimanakah boleh dapatkan produk habbatus sauda ini?

Anda boleh beli sama ada secara online atau beli dikedai yang menjual produk kesihatan seperti farmasi.

Bilakah waktu yang boleh diambil produk berasaskan habbatus sauda ini?

Seeloknya ambil selepas anda makan dan pastikan anda minum air putih yang secukupnya setiap hari.

Scroll to Top