Tanda Tanda Resdung

Tanda Tanda Resdung

Kali ini kita lihat apa tanda tanda resdung yang boleh kita kesan sama ada kita menghadapi resdung atau tidak.

Penyakit resdung ini adalah sama seperti penyakit yang lain juga akan menyerang tidak kira siapa anda.

Anda boleh rasa dan lihat tanda tanda ini sama ada berlaku pada diri anda ataupun orang di sekeliling anda.

Antara tanda tandanya ialah:

Gatal gatal di bahagian muka

Kadang kadang muka rasa gatal merenyam, duduk tak duduk tiba tiba rasa gatal itu datang singgah di muka. Nak menggaru memang sakit juga takut calar pulak muka.

Tambahan lagi lepas rasa gatal gatal dimuka tu lebih teruk lagi ada jerawat pula timbul di muka. Dah jadi 2 penyakit mula mula mula gatal lepas tu naik jerawat pulak.

Gatal gatal di telinga

Gatal di telinga juga berkemungkinan tanda resdung.

Ada yang sesetengah tu yang teruk sampai ada yang keluar lendir kat telinga. Takut juga kita lihat dan mendengar benda macam ni.

Dah korek tahi telinga tapi masih juga rasa rasa gatak tu tak hilang elok segera dapatkan rawatan.

Gatal gatal di hidung

Simptom Gatal gatal kat hidung adalah masalah yang paling banyak berlaku sebab penyakit resdung ini dikatakan berpunca daripada masalah dari dalam hidung.

Gatal hidung asyik nak menggaru sahaja. Tambah lebih teruk naik jerawat dalam hidung itu yang paling sakit juga tu.

Gatal gatal di mata

Mata selalu rasa gatal gatal dan berair. Sehinggakan ada yang mata nampak merah sahaja setiap hari.

Bukan sebab sakit mata tetapi disebabkan gatal yang amat sangat. Orang nak tengok kita pun segan sebab mata kita jadi macam ni.

Bersin pada waktu pagi

Ini lagi satu masalah yang biasa orang yang ada resdung lalui. Bangun pagi pagi asyik nak bersin saja. Ada sesetengah tu kena matahari terus nak bersin.

Tambahan lagi teruk kalua persekitaran yang diduduki tidak terjaga seperti masalah habuk dan sebagainya.

Nafas berbau

Dah gosok gigi banyak kali. Dah kumur dengan ubat kumur antibau mulut selepas gosok gigi. Tapi masih juga nafas berbau.

Bukan setakat diri sendiri yang boleh bau, orang yang bersembang dengan kita juga boleh bau busuk nya nafas.

Bila jadi macam ni memang malu lah nak bercakap dengan orang. Kita sendiri rasa tak selesa apatah lagi orang lain yang bersembang dengan kita.

Gatal gatal kepala

Ini lagi satu masalah yang biasa berlaku. Rasa gatal kat kulit kepala ditambah lagi kalau ada kelemumur yang tebal.

Kalau kena panas matahari mesti rasa gatal gatal tu bertambah menjadi jadi pulak. Lagi teruk kalua ketika panas kulit kepala berpeluh pula, tambah tambah la lagi gatal.

Gatal gatal tekak

Gatal kat tekak juga boleh jaadi antara tanda resdung. Tapikan masalah bila rasa gatal kat tekak ni tak boleh nak menggaru itu masalahnya.

Rasa perit sahaja di dalam  tekak. Mula lah nak minum macam macam nak bagi hilang rasa gatal dalam tekak ini.

Hidung tersumbat

Ini lagi satu masalah yang biasa berlaku jika ada resdung. Hidung asyik tersumbat sahaja tak kira masa. Nak bernyawa pun susah kadang kadang.

Tambahan lagi teruk adalah ketika masa tidur kalua hidung tersumbat mesti akan terjaga. Lagi satu kalua hidung tersumbat nak tidur pun susah, nak lelapkan mata pun susah.

Hidung selalu berair

Duduk tak duduk air keluar meleleh dari hidung. Kalau bersin memang akan terpercik jauh keluar air dari dalam hidung berbanding air dalam mulut.

Sentiasa nak kena sediakan tisu dan sapu tangan untuk kecemasan sebab tiba tiba sahaja hidung boleh meleleh air keluar.

Nak jumpa orang pun kita rasa segan dan malu.

infografik tanda tanda resdung

Kesimpulan

Bayangkan jika tanda tanda resdung di atas berlaku dalam diri anda. Tentu sekali kehidupan seharian anda akan terganggu. Nak buat kerja di mana jua rasa tak selesa kan.

Kalau anda sedang mengalami masalah masalah di atas eloklah segera berubat ya.

Baca juga tentang bacaan gula dalam darah

Jika berlaku resdung adakah boleh juga berjumpa dengan doktor di hospital?

Anda juga boleh rujuk dengan doktor di hospital untuk masalah resdung, semua penyakit hospital terima untuk bantu orang ramai.

Adakah terdapat rawatan resdung dengan menggunakan kaedah tradisional dan herba.

Ada banyak produk tradisional dan herba yang dijual bagi membantu masalah resdung, anda boleh beli dipasaran dan pastikan ada kelulusan KKM

Scroll to Top