Rawatan Kencing Manis

Rawatan Kencing Manis

Apabila anda mengalami penyakit ini maka anda perlu melakukan rawatan kencing manis yang betul bagi mengelakkan penyakit ini menjadi lebih teruk dalam diri anda.

Apabila seseorang terkena penyakit kencing manis tentu ia akan merasa tertekan pada permulaannya sehinggalah ia boleh menjadi biasa dalam kehidupan seharian.

Pada masa ini terdapat ubat-ubatan untuk mengawal penyakit kencing manis dan ini memberi peluang kepada pengidap-pengidap penyakit ini untuk meneruskan kehidupan yang biasa seperti orang lain juga.

Antara rawatan yang perlu di latih dan didisiplinkan dalam diri ialah mengawal pengambilan makanan seharian anda.

Makanan yang anda makan memainkan peranan yang penting dalam kawalan penyakit kencing manis. Adakalanya, kes-kes yang tidak teruk, dapat diakwal melalui jagaan makanan sahaja.

Elakkan makan makanan dan minuman yang terlalu manis dalam menu makanan anda.

Makan Ubat

Selain daripada kawalan pemakanan, kebanyakan pesakit memerlukan ubat untuk mengawal penyakit mereka.

Ubatan ini dibekalkan oleh doktor untuk anda ambil setiap hari mengikut dos yang telah ditetapkan.

Suntikan Insulin

Ubat-ubat ini juga terdiri daripada suntikan insulin. Insulin boleh diberi melalui suntikan sahaja kerana ia akan dimusnahkan di dalam perut jika dimakan

Ubat-ubat ini juga membantu badan menggunakan gula dengan sempurna dan dengan itu dapat mengawal penyakit ini.

Ada pula pesakit-pesakit yang memerlukan suntikan insulin sementara pesakit-pesakit lain pula boleh mengawal penyakit mereka dengan memakan pil.

Doktor apabila sudah menjalankan pemeriksaan terhadap anda, dia akan menentukan samaada anda memerlukan suntikan insulin atau pil dalam rawatan anda.

Tahap penyakit kencing manis anda mungkin berbeza dengan kes orang lain oleh itu rawatan yang ditentukan oleh doktor anda juga mungkin tidak serupa dengan pesakit lain.

Doktor akan menentukan rawatan mengikut keadaan penyakit seseorang.

Pencegahan awal adalah penting untuk menyembuhkan tanda-tanda dan gejala kencing manis, menggelakkan atau mengurangkan akibat-akibat buruk yang berlaku jikalau penyakit ini melarat serta membolehkan pesakit hidup dalam kehidupan biasa dan bahagia.

Patuhi Nasihat Pakar Kesihatan Anda

sebolehnya patuhilah nasihat doktor anda mengenai ubat-ubat yang anda perlu ambil.

Jangan berhenti mengambil ubat kerana anda merasa sihat dan berfikir bahawa ubat itu tidak perlu lagi.

Berhenti mengambil ubat tanpa nasihat daripada doktor anda adalah sangat merbahaya kerana ini boleh mengakibatkan penyakit anda melarat disebabkan tidak dikawal dengan sempurna

Jangan lupa untuk pergi ke hospital atau klinik pada masa yang ditetapkan untuk pemeriksaan doktor

Pemeriksaan dari masa ke semasa termasuk ujian air kencing dan darah adalah sangat penting dalam mengawal kencing manis.

Pengambilan herba secara terus atau produk yang di hasilkan daripada herba juga boleh membantu anda mengawal penyakit kencing manis anda.

Ia boleh dijadikan sebagai supplement selain daripada anda memakan ubat yang diberikan oleh doktor yang merawat anda.

Rawatan kencing manis yang terbaik adalah dengan menjaga disiplin setiap hari terhadap apa apa saranan yang diberikan kepada anda untuk mengawal tahap penyakit ini supaya tidak menjadi lebih teruk.

Baca info ini juga Tanda tanda yang kencing manis yang perlu anda tahu

Adakah boleh mengambil produk produk herba sebagai rawatan untuk masalah kencing manis.

Boleh mengambil produk produk herba namun pastikan ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Adakah suntikan insulin boleh dilakukan sendiri di rumah?

Ya boleh, anda boleh lakukan sendiri di rumah jika anda pandai lakukannya.

Scroll to Top