Apa Itu Kencing Manis

Apa Itu Kencing Manis

Apa itu kencing manis? Penyakit ini adalah satu penyakit yang amat menakutkan, jika dibiarkan sehingga kronik pelbagai masalah boleh berlaku.

Penyakit ini telah lama diketahui manusia. Beribu-ribu penduduk di negara kita mengidap penyakit ini. Penyakit kencing manis tidak seharusnya menjadi satu penghalang kepada kehidupan yang biasa.

Dengan bertambahnya pengetahuan berkenaan penyakit kencing manis dan penghasilan ubat-ubat untuk penyakit ini, tidak ada sebab mengapa anda tidak boleh hidup seperti manusia biasa.

Maksud Penyakit Kencing Manis

Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah.

Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita.

Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pankreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan.

Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.

Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga.

Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa.

Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing.

Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis.

Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.

Siapakah pengidap penyakit kencing manis ?

Sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini.Tetapi mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang mengidap penyakit kencing manis sudah meningkat umur (40 tahun ke atas) mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk mempunyai risiko yang lebih untuk mendapat kencing manis.

Namun sekarang penyakit ini menyerang tidak kira umur malahan budak sekolah rendah pun ada yang dah kena penyakit ini. Oleh itu jagalah kesihatan anda sebaik mungkin supaya tidak terkena penyakit ini.

Selain anda baca tentang apa itu kencing manis anda juga boleh tahu mengenai bagaimana rawatan kencing manis boleh dilakukan.

Apakah maksud kencing manis didalam bahasa English?

Kencing manis di dalam bahasa English adalah Diabetes Melitus

Adakah penyakit kecing manis berbahaya kepada manusia?

Kencing manis memang berbahaya kepada manusia kerana ia boleh membawa kepada kematian

Scroll to Top