Suntikan insulin kencing manis adalah diperlukan bagi pesakit yang mengalami penyakit ini pada kategori jenis 1.
Pesakit pada kategori ini memerlukan suntikan insulan bagi mengawal penyakit kencing manis yang dihadapi mereka.
Biasanya pesakit akan menyuntik sendiri insulin di rumah selepas mendapat saranan dan bimbingan daripada doktor.
Memilih Tempat Suntikan Insulin
Bagi memastikan penyerapan insulin dengan betul, suntikan hendaklah diberi terus ke dalam tisu subkutaneus (lapisan di bawah kulit).
Cubitan hendaklah dilakukan dengan betul menggunakan ibu jari dan jari telunjuk/jari hantu. Kemudian tarik bahagian kulit (dermis) dan tisu subkutaneus sahaja ke atas tanpa melibatkan otot.
Cubit selipatan kulit yang bersih antara ibu jari dan jari telunjuk sebelum mencucuk jarum perlahan-lahan masuk ke dalam lipatan kulit tersebut pada sudut 900. Ada ketika tertentu anda gagal untuk membuat cubitan (seperti mengalami penyakit artritis) atau anda memilih untuk tidak mencubit.
Dalam keadaan tersebut anda perlu menyuntik pada sudut 450 bagi mengelakkan anda menyuntik masuk ke dalam otot.
Terdapat perbezaan ketebalan kulit di beberapa bahagian di badan kita yang boleh digunakan untuk suntikan insulin. Kecepatan atau kelajuan penyerapan insulin adalah penting. Setiap tempat mempunyai kadar atau pola penyerapan yang berbeza-beza.
Bagi membolehkan ramalan terhadap kesan dos insulin dibuat dengan betul atau tepat, seseorang itu perlu memilih sesuatu tempat secara tetap untuk waktu-waktu tertentu dalam sehari, seperti yang tertera pada rajah di bawah:
Kelajuan penyerapan:
Paha | – | perlahan |
Lengan | – | sederhana |
Abdomen | – | cepat |
Punggung | – | perlahan |
Kesan sampingan biasa yang akan di alami oleh pesakit ialah seperti debaran jantung, kekeliruan, berpeluh dan atropi (penyusutan tisu akibat kemerosotan sel) atau hipertropi (penambahan saiz tisu akibat pembesaran sel-sel) pada tisu lemak subkutaneus di tempat suntikan.
Berbincanglah dengan doktor anda jika anda mengalami masalah di atas. Jangan berhenti menggunakan insulin tanpa memaklumkannya kepada doktor anda.
Terapi atau rawatan kencing manis yang tidak menggunakan insulin selalunya diberikan kepada pesakit Diabetes Jenis II. Ianya merangkumi pemakanan (diet), senaman dan ubat kencing manis untuk di makan.
Sila rujuk doktor anda bagi mendapatkan cara suntikan insulin yang lebih lengkap dan terperinci.
Doktor akan bagi jadual berapa kali perlu insulin disuntik bergantung kepada tahap kencing manis seseorang.
Jika tahap kencing manis anda memang perlukan suntikan insulin, jika tidak suntik berkemugkinan paras gula anda akan naik menjadi tinggi.