Jika anda bertanya kepada diri anda sekarang, sejak daripada hidup sehinggalah hari ini, adakah anda mengamalkan gaya hidup sihat untuk tubuh badan anda.
Mungkin ada yang jawap ya dan ada yang tidak. Walau apa pun jawapan anda, anda juga mesti bersetuju bahawa jika kita mengamalkan amalan kehidupan yang sihat maka tubuh juga akan menjadi lebih baik.
Banyak iklan yang kita lihat di media terutama sekali yang dibuat oleh kerajaan untuk kempen kepada rakyat supaya memilih cara hidup yang lebih baik bagi menjaga kesihatan.
Semestinya ia adalah sesuatu yang penting sehinggkan terpaksa di buat iklan kempen yang sebegitu untuk menjaga kesihatan.
Kenapa kita perlu mengamalkan cara hidup yang betul terutama sekali daripada sudut kesihatan.
Kepentingan amalan ini patut dilakukan adalah bertujuan untuk mendapatkan hidup yang lebih berkualiti di samping dapat memberikan terbaik dalam apa juga aktiviti kehidupan anda.
Perkara ini adalah pilihan sama ada anda ingin lakukan ataupun tidak mahu lakukan.
Antara cara cara mengamalkan gaya hidup sihat yang boleh dilakukan untuk mendapatkan kesihatan yang baik adalah:
Menjaga Pemakanan Seharian
Inilah perkara utama yang anda perlu jaga yang perlu diletakkan pada bahagian paling penting sekali untuk di awasi.
Anda mungkin pernah dengar ayat yang mengatakan bahawa “penyakit berpunca daripada perut”. Ungkapan ini adalah membawa maksud penyakit yang berlaku pada badan manusia adalah berpunca daripada apa yang anda makan.
Apa yang anda makan maka sebegitulah juga diri anda. Jika anda makan makanan yang berkhasiat maka eloklah sihatlah badan anda, jika makan makanan tak berkhasiat maka bermacam macam penyakit boleh terjadi dengan mudah.
Banyakkan makan makanan yang berkhasiat yang segar segar seperti sayuran hijau dan buah buahan serta ulam ulaman. Banyakkan makan daging putih seperti ikan dan ayam.
Elakkan makan terlalu banyak makanan yang bergoreng dan berlemak. Jauhi makanan segera yang diproses serta minuman yang manis manis yang berada di dalam pasaran sekarang.
Bersenam Selalu
Aktiviti ini adalah satu aktiviti gaya hidup sihat yang perlu dilakukan untuk mendapatkan tubuh badan yang baik. Bersenam yang paling mudah adalah berlari atau berjoging.
Semasa bersenam pastikan badan anda mengeluarkan peluh untuk membakar kalori di dalam badan. Kalau bersenam tapi tak berpeluh itutidak dinamakan bersenam.
Walaupun anda terlalu sibuk dengan aktiviti seharian paksa diri anda untuk cari juga masa untuk bersenam sekurang kurangnya dalam 10 minit hingga ke 15 minit.
Kalau tidak dapat lakukan pada hari bekerja maka anda kena lebihkan sedikit masa bersenam pada hujung minggu.
Sekurang kurangnya anda lakukan aktiviti senaman ini seminggu sekali walaupun anda terlalu sibuk.
Anda boleh juga lakukan aktiviti fizikal yang lain untuk mengeluarkan peluh seperti berkebun dan sebagainya.
Kebanyakkaan orang sekarang bekerja didalam aircond, jadi aktiviti senaman inilah akan dapat mengeluarkan peluh dari dalam badan.
Anda juga boleh lakukan aktiviti sukan untuk untuk keluarkan peluh seperti bermain bola sepak, badminton, berbasikal dan lain lain lagi.
Elakkan Stress
Kesibukan jadual setiap hari menyebabkan ramai orang menghadapi masalah tekanan ataupun stress.
Tanggung jawab kerja dan juga tanggung jawab di rumah kadang kadang mempunyai risiko untuk membuatkan seseorang itu boleh menghadapi tekanan.
Selain itu masalah yang berlaku dalam diri jika tidak diurus dengan baik akan menyebabkan stress akan muncul tanpa diundang.
Masalah kewangan, masalah di tempat kerja, masalah dengan pasangan dan beribu macam masalah berlaku dan boleh menjadi punca keda tekanan perasaan.
Jika ada masalah cuba selesaikan dengan baik dengan cara yang betul. Cuba elakkan stress daripada berlaku dengan mengelakkan diri daripada terjebak dengan masalah masalah yang tak sepatutnya.
Jika jiwa tenang, hati pun tenang maka hidup anda setiap hari lebih rasa gembira tanpa stress yang menyakitkan kepala dan perasaan.
Berhenti Merokok
Seperti yang anda sedia maklum, merokok tidak baik untuk semua orang, bukan sahaja mereka yang merokok tetapi juga bagi orang sekeliling terpaksa menghidu rokok yang anda hisap juga.
Orang di sekeliling perokok yang terdedah kepada asap rokok lebih banyak menerima asap rokok yang dihembus keluar oleh perokok.
Merokok juga menjadikan seseorang perokok itu nampak lebih tua daripada umurnya.
Amalan ini juga adalah suatu pembaziran daripada segi kewangan sedangkan duit untuk beli rokok boleh digunakan untuk kegunaan yang lain yang diperlukan.
Merokok boleh menyebabkan kanser, penyakit jantung, strok, meningkatkan kolesterol dan sebagainya.
Jantung anda terjejas, kerana merokok menyebabkan saluran darah anda terkumpul dengan kolesterol dan lemak.
Merokok menyebabkan nafas berbau, gigi kekuningan, perabot dan pakaian berbau.
Berhentilah merokok. Jika anda berhenti merokok anda secara automatik dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan lebih sihat. Sayangi orang di sekeliling anda.
Banyakkan Minum Air Putih
Minum air putih adalah baik untuk kesihatan badan anda. Minimum pengambilan air putih sehari yang diperlukan adalah 8 gelas sehari.
Sebolehnya minum air putih ini minum air suam ataupun pada suhu bilik dan jangan ambil air ais atau yang disejukkan di dalam peti ais ataupun daripada mesin penapis air.
Pengambilan air putih yang cukup dapat mengelakkan badan daripada mengalami masalah kekurangan air.
Ia juga amat bagus untuk melembapkan kulit dan membantu melancarkan proses penghadaman sekali gus mengelakkan masalah sembelit dan pembuangan air besar.
Kurangkan minuman bergula, berkarbonat dan juga minuman pra campuran.
Boleh bawa bekal bekas air ke tempat kerja untuk anda mulakan disiplin minum air putih setiap hari
Pemeriksaan Kesihatan Berkala
Pemeriksaan kesihatan adalah penting untuk dilakukan sama ada untuk orang yang sihat ataupun orang yang ada penyakit.
Kalau dah ada penyakit memang dah tentu kena selalu buat pemeriksaaan.
Namun bagi orang yang sihat sebenarnya perlu juga untuk melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Mungkin boleh lakukan pemeriksaan kesihatan dalam tempoh 3 bulan sekali sekurang kurangnya.
Apa yang perlu dilihat semasa membuat pemeriksaan adalah untuk melihat contohnya berapa paras gula dalam darah, berapa bacaan darah, tahap kolestrol dan juga yang lain lain.
Berikan sedikit bajet daripada pendapatan anda untuk kos pemeriksaan kesihatan ini. Tidaklah mahal mana pun kosnya dan hanya perlu dilakukan 3 bulan sekali sahaja.
Dengan adanya pemeriksaan secara berkala anda dapat tahu keadaan tubuh badan anda dan daripada situ anda dapat melakukan pencegahan daripada awal untuk mengelak penyakit daripada penyakit yang boleh datang secara tiba tiba.
Tidur Yang Cukup
Badan kita memerlukan rehat dan tidur terutama sekali pada waktu malam. Tidur dengan lena yang nyenyak adalah sangat baik bagi badan untuk dapatkan rehat yang secukupnya.
Anda perlu dapatkan masa tidur sekurang kurangnya 6 jam sehingga 8 jam sehari.
Perbaiki jadual pada sebelah malam anda supaya anda dapat tidur dengan jadual yang teratur.
Kurangkan menonton tv pada malam hari. Kurangkan juga menggunakan smartphone untuk melayari internet pada malam hari.
Tak perlu keluar malam jika tidak ada sebarang keperluan penting.
Disiplinkan tingkah laku anda jika sampai masa untuk tidur teruskan tidur tanpa berlengah lagi. Anda perlukan tenaga yang baik untuk satu lagi hari baru esok.
Ambil Supplement
Pengambilan supplement ataupun makanan tambahan adalah amat baik bagi tubuh badan manusia.
Badan memerlukan vitamin untuk terus sihat. Vitamin adalah terhasil daripada makanan makanan yang kita ambil setiap hari.
Kadang kadang badan kekurangan vitamin sebab itu kadang kadang kita rasa tidak sihat dan mudah dapat penyakit.
Dengan adanya aktiviti pengambilan makanan tambahan ini dapat memberikan sumber vitamin yang berterusan kepada badan.
Antara supplemen yang mudah untuk diambil adalah vitamin C, boleh di ambil dalam bentul tablet ataupun dalam bentuk serbuk.
Selain itu juga anda boleh mengamalkan madu untuk kesihatan. Khasiat madu dan kebaikan madu ada disebutkan dalam Al Quran dan ia memang ternyata sangat baik untuk tubuh.
Jika anda ragu ragu untuk makan suplemen yang bagaimana yang sesuai untuk tubuh anda, anda boleh dapatkan nasihat terlebih dahulu daripada pakar kesihatan anda dan minta cadangan yang sesuai daripada mereka.
Kesan Tidak Mengamalkan Gaya Hidup Sihat
Jika anda tidak mengamalkan kehidupan yang sihat maka banyak perkara yang buruk boleh berlaku ke atas diri anda.
Anda terpaksa menanggu risiko yang tinggi untuk menghadapi pelbagai masalah penyakit yang bakal berlaku.
Selain itu juga bebanan kewangan adalah lebih tinggi untuk mengubati sesuatu penyakit berbanding melakukan pencegahan daripada awal.
Hidup anda bakal kemurungan jika pelbagai penyakit menimpa anda seperti penyakit 3 serangkai sebagai contohnya.
Hidup semakin tidak seronok apabila tubuh badan mempunyai penyakit dan segala aktiviti harian yang ingin dilakukan juga akan menjadi terbatas.
Kesimpulan
Sebagai pengakhiran, mengamalkan kehidupan yang sihat adalah umpama anda melakukan pencegahan awalan untuk mengelakkan sebarang penyakit.
Memang betul penyakit itu takdir Allah namun ikhtiar kita sebagai manusia perlu juga dilakukan untuk mengelakkan risiko berlaku penyakit dalam diri kita.
Tidak rugi pun menjaga kesihatan malahan akan dapat manfaat yang baik terutama sekali bagi tubuh anda.
Lebih lebih lagi jika umur menjangkau dah lanjut, pada masa itu banyak nak tumpukan pada ibadah.
Jika badan tak sihat nak buat ibadah pun susah, jika badan masih sihat dan kuat pelbagai amalan ibadat yang boleh kita lakukan tanpa rasa terbatas.
Oleh itu tepuk dada tanya diri anda, anda nak sihat ataupun anda nak sakit. Jika anda mahukan kesihatan mulakanlah dengan mengamalkan cara hidup yang sihat.
Kanak Kanak Kena Kencing Manis
Semua golongan perlu amalkan gaya hidup sihat ini sama ada dah ada apa apa penyakit ataupun belum.
Sama ada kita sakit atau sihat kedua duanya tetap perlukan kos atau duit untuk menguruskannya