Simptom Tanda Tanda Gout Di Kaki

simptom tanda tanda gout di kaki

Bagaimana cara nak tahu simptom tanda tanda gout di kaki apabila ia berlaku kepada seseorang individu.

Pelbagai penyakit yang berlaku dalam dunia ini daripada zaman dahulu sehinggalah zaman moden sekarang ini.

Antara penyakit yang sering terjadi pada masa kini dan sering berlaku adalah penyakit gout.

Penyakit gout adalah sejenis penyakit yang boleh berlaku akibat daripada asid urik yang berlebihan didalam badan.

Asid urik ini adalah terkandung dalam makanan yang mempunyai banyak kandungan purin yang tinggi seperti daging, kekacang dan juga seafood.

Kandungan bahan ini akan dikeluarkan oleh badan melalui pembuangan air kecil.

Bagi yang menghadapi penyakit gout ini, asid urik tidak tidak dikeluarkan oleh badan dan ia terkumpul di dalam bahagian sendi sendi.

Gout ini biasanya kebanyakkan berlaku kepada lelaki mengikut kepada statistik yang direkodkan oleh pihak kesihatan.

Penyakit ini juga sangat jarang berlaku dikalangan perempuan.

Bengkak Ibu Jari Kaki

Penyakit gout ini secara lazimnya akan bermula dengan serangan di ibu jari kaki.

Apabila berlaku penyakit ini, ibu jari kaki akan mula membengkak.

Apabila ibu jari kaki bengkak, pada bahagian ini akan terasa amat amat sakit.

Cerita yang diperolehi daripada pesakit gout ini, bila ibu jari kaki bengkak nak sentuh pada bahagian tersebut pun akan terasa sakit.

Dan ada juga yang mengatakan jika ada geseran dengan kain pun akan terasa sakit.

Malahan lebih teruk lagi nak berjalan akan rasa sakit dan membataskan pergerakan pesakit.

Nampak agak perit juga jika masalah gout bengkak kaki ini jika berlaku.

Biasanya gout akan menyerang pada waktu malam dan sakitnya boleh berlarutan hingga berminggu minggu jika tidak dirawat.

Sendi Sendi Lain Juga Boleh Terkesan

Penyakit gout ini bukan hanya boleh berlaku pada bahagian kaki sahaja, malahan boleh berlaku pada sendi sendi yang lain juga.

Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada sendi sendi lain seperti:

  • Buku lali
  • Lutut
  • Pergelangan tangan
  • Lutut

Dan lebih menakutkan lagi ialah penyakit ini boleh datang menyerang kembali pada masa akan datang jika kesihatan tidak dijaga dengan baik.

Kebanyakkan pesakit gout akan nampak ada benjolan yang timbul pada bahagian sendi yang berlaku penyakit gout.

Benjolan benjolan tersebut berlaku akibat daripada asid urik yang banyak terkumpul pada bahagian sendi tersebut.

Antara yang boleh diperhatikan adalah pada bahagian sendi jari, pergelangan tangan dan juga pada bahagian kaki.

Dapatkan rawatan segera di hospital atau klinik jika simptom tanda tanda gout di kaki seperti yang ditulis diatas berlaku kepada anda.

Jangan biarkan terlalu lama sakit gout yang berlaku pada diri anda, dengan mengambil rawatan dan makan ubat insyaallah dapat membantu anda menghadapi penyakit gout ini. Sumber myhealth

Baca juga tentang Tanda Tanda Kencing Manis Pada Kaki

Apakah punca utama penyakit gout?

Punca utama adalah disebabkan oleh jumlah asid urik yang berlebihan terdapat didalam badan

Adakah penyakit gout boleh juga terkena kepada golongan wanita?

Mengikut kajian penyakit gout sangat jarang dialami oleh golongan wanita

Scroll to Top