8 Tanda Tanda Sakit Jantung Peringkat Awal

tanda tanda sakit jantung peringkat awal

Bagaimana ingin mengetahui tanda tanda sakit jantung peringkat awal yang boleh anda kesan sekiranya berlaku.

Penyakit jantung adalah sejenis penyakit yang merujuk kepada sejumlah gangguan yang melibatkan jantung atau sistem peredaran darah.

Penyakit ini adalah antara penyakit yang paling banyak menyumbang kepada kematian yang serius di seluruh dunia.

Salah satu jenis penyakit jantung yang paling dikenali adalah penyakit jantung koronari, di mana arteri koronari yang membekalkan darah ke jantung menjadi tersumbat atau menyempit, menyebabkan kurangnya bekalan darah dan oksigen mengalir ke otot jantung.

Ini boleh mengakibatkan serangan jantung yang boleh membahayakan nyawa.

Antara faktor risiko berlaku penyakit jantung adalah seperti:

  • merokok
  • tekanan darah tinggi
  • kolestrol tinggi
  • diabetes
  • diet yang tidak sihat
  • gaya hidup kurang aktif
  • faktor keturunan.

Sakit dada

Sakit dada adalah tanda yang paling umum dan kebiasaan bagi pesakit jantung peringkat awal.

Ia boleh dirasai sebagai rasa tekanan, ketidakselesaan, atau berat di kawasan dada.

Kadang-kadang, sakit dada ini boleh menyebar ke bahagian atas badan, bahu, atau lengan. Ini juga boleh datang dalam bentuk rasa sesak atau sesak nafas.

Kesesakan nafas

Tanda ini merujuk kepada rasa sukar bernafas atau sesak nafas. Kesesakan nafas boleh berlaku semasa aktiviti fizikal atau ketika beristirahat.

Individu yang mengalami sakit jantung mungkin merasakan sukar untuk bernafas dengan normal secara tiba.

Ketidakselesaan atau rasa tercekik di bahagian atas badan

Tanda ini merujuk kepada perasaan tertekan, tercekik, atau tidak selesa di kawasan seperti leher, rahang, bahu, atau tangan.

Ini adalah tanda yang kurang biasa tetapi tetap penting untuk diperhatikan.

Keletihan yang tidak normal

Keletihan yang tidak normal merujuk kepada rasa lemah atau keletihan yang terlalu kerap dan tidak boleh dijelaskan oleh aktiviti fizikal atau faktor lain.

Duduk saja pon letih atau tidur pon rasa letih boleh menjadi petunjuk awal masalah jantung.

Berpeluh dingin

Jika badan anda tiba tiba berpeluh dan rasa sejuk walupun keadaan suhu cuaca adalah panas maka ini juga boleh jadi pentanda kepada masalah penyakit jantung.

Rasa berpeluh dingin ini mungkin tidak menyebabkan anda pening atau pitam tetapi anda perlu berhati hati.

Kepala Rasa Ringan Dan Pening

Kadangkala anda berasa mudah nak pening dan rasa ringan dikepala walaupun tanpa apa apa aktiviti.

Kadang kadang bangun berdiri dengan cepat juga boleh menyebabkan rasa pening.

Jika ada berlaku perkara ini anda jangan ambil mudah.

Sakit perut

Beberapa individu dengan sakit jantung awal mungkin mengalami sakit perut atau perasaan muak.

Ini kerana gangguan jantung boleh mempengaruhi sistem pencernaan.

Mual dan muntah

Gangguan pencernaan seperti mual dan muntah juga boleh menjadi tanda-tanda sakit jantung pada sesetengah individu. Ini adalah tanda yang kurang biasa tetapi tetap perlu diambil kira.

Jika ada berlaku perkara atau simptom simptom diatas maka anda kena perlu segera periksa tahap kesihatan anda dan jangan bertangguh lagi.

Kesimpulan

Sekiranya anda atau seseorang yang anda kenali mengalami tanda-tanda ini, adalah penting untuk mencari bantuan perubatan segera.

Sakit jantung adalah keadaan serius, dan rawatan awal dapat membantu mengurangkan risiko komplikasi yang lebih serius.

Kesedaran tentang penyakit jantung, pencegahan, dan pengurusan risiko adalah penting untuk mengurangkan kesan penyakit jantung yang serius.

Ia juga penting untuk mencari bantuan perubatan jika anda mengalami tanda-tanda penyakit jantung, seperti sakit dada, kesesakan nafas, atau ketidakselesaan yang tidak normal di bahagian atas badan.

Serangan jantung boleh menyebabkan kematian dalam masa yang singkat.

Scroll to Top