Bacaan Kencing Manis Yang Normal

bacaan kencing manis normal

Berapakah bacaan kencing manis yang normal yang dikira sebagai sesorang itu sihat daripada penyakit ini.

Penyakit kencing kencing manis ditentukan dengan membuat ujian darah untuk melihat berapa paras gula dalam darah.

Paras Bacaan Gula Normal

Bacaan kencing manis yang cantik dan normal ialah antara paras 4.4 hingga 7.0.
Paras Gula Normal

Jika lebih daripada itu maka anda perlu berhati hati mungkin penyakit kencing manis telah ada dalam badan anda.

Pastikan anda selalu buat semakan paras gula dalam badan anda sebagai langkah pencegahan daripada penyakit ini.

Fakta sepintas lalu tentang penyakit kencing manis

Dianggarkan 2.6 juta atau 10 % rakyat negara ini menghidap penyakit kencing manis dan jika trend peningkatan itu tidak berubah, jumlah tersebut akan meningkat kepada 3.38 juta orang pesakit menjelang 2020.
Sumber: www.utusan.com.my

Secara global jumlah pesakit kencing manis dianggarkan seramai 150 juta orang dan dijangka meningkat kepada 300 juta menjelang 2005. Seramai 10 hingga 12 peratus (2.7 juta) orang dewasa di negara ini didapati terdedah kepada penyakit kencing manis.

Harian Metro, Rabu – 29 November 2000
 

Pada tahun 2000, jumlah pesakit kencing manis di seluruh dunia dianggarkan seramai 151 juta orang dan dijangka meningkat 50 peratus kepada 220 juta pada 2010 dan mencapai 300 juta pada 2025 jika amalan gaya hidup penduduk dunia yang tidak menjaga pemakanan dan kurang bersenam tetap diteruskan.

www.hmetro.com.my
 

Di Malaysia, 8.2 peratus rakyat negara ini mendapat kencing manis pada 1996 dan meningkat kepada 11.55 peratus pada 2006.

www.hmetro.com.my
 

Berdasarkan perangkaan rasmi, setiap rakyat Malaysia memakan secara purata 24 sudu teh iaitu bersamaan dengan 120 gram gula sehari dan jumlah ini mencecah 3.6 kilogram gula yang dimakan setiap bulan.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Di Malaysia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan antara 2000-2030 akan berlaku peningkatan 164% pesakit kencing manis.

Andaian itu terbukti apabila pada 2000, jumlahnya adalah 0.94 juta manakala pada 2030 jumlahnya akan menjadi 2.48 juta jika tiada sebarang langkah dilakukan.
www.hmetro.com.my

Baca juga tahap tahap kencing manis

Berapakah bacaan paras gula bagi pesakit kencing manis biasanya?

Paras gula bagi pesakit kencing manis biasanya adalah tinggi daripada 7.0 ke atas contohnya seperti 15.0 atau 20.0

Apakah yang boleh berlaku jika bacaan gula terlalu rendah didalam badan?

Antara yang biasa berlaku adalah pesakit akan boleh tiba tiba pengsan jika berlaku masalah gula terlalu rendah didalam badan.

Scroll to Top