Kalau anda nak tahu mengenai minyak kelapa dara teruskan pembacaan anda di sini.
Ia juga di kenali dengan nama virgin coconut oil (vco) memang sudah terbukti tentang khasiat dan keberkesanannya.
Memang tidak dapat dinafikan lagi minyak ini banyak memberi manfaat untuk kesihatan kepada manusia secara keseluruhannya.
Kajian ke atas minyak ini telah dilakukan oleh pakar pakar negara barat sejak awal tahun 1930 an lagi.
Kebanyakkan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian mereka.
Pakar pakar tersebut telah merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelabagai kesan positif keatas kesihatan manusia.
Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik.
Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser. Sebab itulah minyak ini mempunyai banyak khasiat untuk manusia.
Jadi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan minyak kelapa dara?
Vco adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli aslinya.
Berbanding dengan minyak kelapa biasa dimana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya.
Pengambilan minyak ini secara berterusan dan konsisten dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan anda.
Khasiat Minyak Kelapa Dara
Antara khasiatnya ialah:
- Meningkatkan daya tahan tubuh antaranya ialah:
Membantu fungsi system daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh daripada kanser payudara, kanser kolon dan kanser rahim.
2. Berfungsi sebagai antioksidan dan mengurangkan radang kronis.
3. Melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif.
4. Meredakan gejala gejala yang dihubungkan dengan pembesaran prostate.
5. Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing.
6. Membantu mencegah sakit liver dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak lemak yang lain.
7. Baik untuk dalaman hubungan suami isteri
8. Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastic).
9. Memperbaiki kandungan asid dalam rahim dan bertindak sebagai agen pelincir alami (natural).
10. Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan (keputihan).
11. Amat baik bagi mengatasi masalah monopos wanita.
12. Baik untuk kesihatan dalaman.
13. Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
14. Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin vitamin dan asid amino.
15. Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa dalam darah serta mengurangkan risiko kencing manis.
16. Mengurangkan stress pada pankeas dan sistem system enzim dalam tubuh.
17. Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi yang kuat serat melindungi diri daripada serangan osteoprosis.
18. Mencegah risiko sakit jantung.
19. Mencegah atherosclerosis dan strok serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
20. Baik juga untuk kecantikan luaran.
21. Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
22. Menghasilkan tenaga dengan segera.
23. Jika di sapu akan membantu membentuk hambatan kimia pada kulit. untuk mengurangkan infeksi dan mencegah garis garis halus.
24. Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis.
25. Melembut dan mengurangkan kekeringan serat kekenduran pada kulit.
26. Memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet
27. Kebaikan minyak kelapa dara sebagai pembunuh virus, bakteria dan kulat.
Kesimpulan
Begitu banyak sekali kebaikan dan khasiat minyak yang diperolehi daripada kelapa ini.
Maka rugilah sesiapa yang tidak mengamalkannya harganya pun agak murah dan mampu milik untuk di beli setiap bulan.
Baca juga Tanda tanda ada kencing manis
Minyak kelapa dara boleh diambil setiap hari sebagai makanan tambahan untuk tubuh.
Minyak kelapa dara dalam bahasa English adalah Virgin Coconut Oil