Daun Moringa Dan Khasiatnya

Daun Moringa Dan Khasiatnya

Dibumi ini tuhan anugerahkan pelbagai jenis tumbuhan untuk manusia mengambil pelbagai manfaat untuk kebaikan manusia terutama sekali daripada sudut kesihatan. Kali ini kita melihat pula apakah pula kebaikan daun moringa dan khasiatnya bagi tubuh manusia.

DINOBATKAN W.H.O “POHON AJAIB” WORLD HEALTH ORGANIZATION

Ditemukan : Afghanistan, Pakistan, India

Moringa atau Daun Kelor adalah sejenis tumbuhan dari suku Moringaceae. Memiliki ketinggian batang 7-11m, berbentuk bulat telur berukuran kecil dalam satu tangkai. Tumbuhan ini dapat dibuat sayur atau ubat.

Daun Moring atau daun kelor dapat  membantu:

MENGUBATI PELBAGAI PENYAKIT seperti Kencing Manis, GOUT, DARAH TINGGI, SAKIT JANTUNG, KOLESTROL, RADANG SENDI.

MENYOKONG KESIHATAN OTAK

Moringa berperanan menyokong kesihatan otak dan fungsi kognitif. Kandungan vitamin E dan Vitamin C dapat melawan pengoksidaan yang membawa kepada kemerosotan neuron. la juga mampu menstabilkan neorotransmitters serotonin, dopamine dan noradrenalin dalam otak manusia.

MEMBANTU SISTEM PENGHADAMAN

Daun moringa mempunyai sifat antimikrob dan antibakteria yang dapat melawan jangkitan. ia berkesan terhadap kulat yang menyebabkan jangkitan pada kulit dan bakteria yang bertanggungjawab untuk jangkitan saluran darah dan kencing serta masalah penghadaman.

SUMBER OMEGA 3

Omega 3 banyak memberi kebaikan kepada kesihatan kita seperti mengurangkan risiko penyakit

jantung, mencegah beberapa jenis kanser. Daun moringa mempunya Omega 3 yang lebih pekat berbanding salmon.

MELAWAN KERADANGAN

Radang atau inflammantion berlaku disebabkan oleh tindak balas semulajadi badan terhadap jangkitan atau kecederaan. lanya perlu sebagai satu mekanisme pertahanan badan. Namun begitu, masalah akan timbul apabila radang ini berterusan untuk tempoh yang lama.

Kajian membuktikan bahawa daun, buah dan biji moringa dapat mengurangkan kesan keradangan ketara dalam sel.

MENURUNKAN KOLESTROL

Kolestrol tinggi dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Kajian menunjukkan bahawa Daun Moringa juga berkesan dalam mengurangkan kadar kolestrol.

Itulah antara serba sedikit kebaikan daun moringa dan khasiatnya untuk kebaikan pada kita bagi pelbagai jenis penyakit pada masa kini. Jika kita ada penyakit penyakit yang disebutkan di atas boleh cuba ikhtiar dengan mengambil kapsul daun moringa sebagai supplement, mana tahu ada rezeki tuhan sembuhkan penyakit kita nanti.

Sumber : Nutree Herbs Malaysia

Baca juga apa itu Minyak Kelapa Dara

Scroll to Top