Penjagaan Kaki Untuk Pesakit Kencing Manis

penjagaan kaki untuk pesakit kencing manis

Jika anda adalah seorang yang mengalami masalah penyakit kencing manis maka adalah amat  baik jika anda mengetahui tentang bagaimana cara atau petua penjagaan kaki untuk pesakit kencing manis.

Maklumat ini adalah penting untuk setiap pengidap penyakit ini untuk mempunyai maklumat berkaitan artikel kali ini demi untuk kesejahteraan diri anda.

Sekiranya kaki anda tidak dijaga, anda akan menghadapi risiko terkena luka atau jangkitan.

Yang yang mana jika jangkitan atau luka tersebut berterusan akan menyebabkan kaki anda boleh dipotong.

Tentu anda pernah dengarkan ada pesakit yang kena potong kaki atau potong tangan akibat luka yang tak sembuh sembuh akibat kesan kencing manis.

Bagaimana anda boleh kurangkan risiko tersebut dengan mengamalkan petua penjagaan kaki bagi pesakit kencing manis seperti di bawah:

1) Periksa kaki anda setiap hari

Sangat sangat perlu untuk periksa kaki anda setiap hari terutamanya jika anda sudah mula rasa pada kaki anda kurang deria rasa.

Pijak semasa berjalan pun dah kurang rasa pada kaki.

Jika kaki anda mula ada luka dan sangat lambat kering dan sembuh seperti biasa maka anda sangatlah lebih prihatin tentang kesihatan anda dan juga kepada kesihatan kaki anda.

2) Jangan berkaki ayam

Jangan berjalan berkaki ayam walaupun di dalam rumah tambahan lagi jika diluar rumah. Benda ini bukannya apa, sebab sangat takut jika terpijak benda yang tajam dan boleh menghasilkan luka pada kaki.

Lindungi kaki anda dari risiko luka dan pakailah stokin. Untuk didalam rumah adalah pilihan sama ada anda nak berkaki ayam ataupun tidak.

3) Pastikan kebersihan kaki anda setiap hari.

Ketika mandi bersihkan kaki menggunakan sabun yang sesuai supaya kaki anda sentiasa bersih.

4) Lalukan senaman pada kaki

Buat senaman ringan seperti menggerakkan jari ataupun memutar pergelangan kaki.

Ataupun gunakan kaedah mengurut untuk melancarkan perjalanan darah pada bahagian kaki.

Perkara perkara ini dilakukan supaya dapat membantu peredaran darah anda mengalir dengan baik dan membantu mengurangkan risiko masalah kaki.

5) Jumpa Doktor

Jika boleh pastikan kaki anda diperiksa secara professional secara berkala.

Ini adalah untuk mengetahui jika ada apa apa petanda atau masalah yang berkemungkinan boleh berlaku pada kaki anda.

Petua petua cara penjagaan kaki untuk pesakit kencing manis diatas adalah untuk diamalkan.

Ini supaya kaki pengidap kencing manis dapat dijaga dengan baik dan juga untuk mengelakkan sebarang luka daripada berlaku.

Jika luka berlaku susah, untuk sembuh dan kering maka pesakit perlukan penjagaan harian seperti mencuci luka sehingga ia betul betul sembuh.

Dengan mengelakkan risiko jangkitan dan mengelakkan daripada terjadi luka

Ia akan dapat selamatkan kaki daripada menjadi lebih teruk dan untuk elakkan dipotong jika luka sudah melarat dan semua tisu sudah rosak di kawasan luka.

Oleh itu untuk anda semua yang membaca ini beringat ingatlah sebelum kena ya.

Baca juga bacaan gula dalam darah

Scroll to Top