Makanan Untuk Elak Kencing Manis

makanan untuk elak kencing manis

Kali ini kita lihat antara petua atau makanan untuk elak kencing manis yang anda boleh amalkan untuk mendapatkan kesihatan yang baik.

Amalan pemakanan yang sihat seharusnya diamalkan oleh semua orang tidak kira yang sihat ataupun yang telah menghadapi penyakit.

1. Jauhi makanan ringan dan segera

Jauhkan makanan segera daripada mulut dan perut anda. Makanan segera atau makanan yang telah diproses dan disejuk bekukan untuk boleh tahan lama adalah kurang baik untuk kesihatan badan.

Makanan yang diproses telah dicampurkan dengan bahan untuk tahan lama sehingga bertahun tahun. Ternyata makanan yang terproses ini adalah tidak segar dan tidak boleh dijadikan amalan dalam pemakanan anda.

Mungkin ini adalah sukar bagi sesetengah orang, namun jika anda ada keinginan makan tidak ada apa apa yang mustahil untuk hidup tanpa makanan segera ini.

Tetapi memilih untuk menjauhkan diri dari makanan seperti ini adalah baik untuk kesihatan anda.

2. Jauhi minuman segera

Selain makanan segera minuman segera juga wujud dalam pasaran. Sebagai contoh kita lihat minuman 3 dalam 1 yang mana anda hanya perlu buka dan terus bancuh sahaja dengan air panas sepantas 1 minit siap di hidangkan.

Minuman segera ini ternyata mengandungi banyak kandungan gula yang jika anda ambil secara berterusan ia amat tidak baik untuk kesihatan anda.

Begitu juga minuman segera seperti minuman bergas di dalam tin dan sebagainya. Minuman ini mempunyai kadar gula yang sangat sangat tinggi. Bayangkan ada budak sekolah boleh terkena penyakit kencing manis akibat daripada ketagihan minuman bergas ini.

3. Jangan makan lewat malam

Amalan makan lewat malam adalah agak kurang baik di amalkan sama ada anda sihat ataupun ada kencing manis. Jika anda makan lewat malam contohnya pukul 10 atau 11 ke atas kemudian makan makanan yang berat seperti nasi. Kemudian anda sudah nak tidur dalam lingkungan pukul 12 atau pun pukul 1 pagi.

Jadi sangat tak bagus tidur dalam keadaan perut tengah kenyang lebih lebih lagi jika dijadikan amalan harian mungkin atas sebab balik kerja lewat dan sebagainya.

Jadi elakkan makan lewat malam sebolehnya makan di awal malam atau sebelum masuk waktu maghrib. Kalau lapar juga di akhir malam boleh ambil sedikit snek seperti biskut ataupun buah buahan.

4. Makan banyak buah dan sayur

Buah dan sayur segar adalah kaedah terbaik untuk mendapatkan semua vitamin dan mineral yang anda perlukan. Terdapat banyak cara untuk memasak sayur-sayuran, tetapi saya rasa memasak dengan kaedah merebus adalah yang terbaik daripada menggoreng menggunakan minyak.

Makan banyak buah buahan setiap hari seperti oren,betik, epal, tembikai. Elakkan makan buah yang manis seperti rambutan, durian, dokong dan seangkatan dengannya.

5. Minum lebih banyak air putih

Jika anda sebelum ini kurang amalkan minum air putih kena mulakan sekarang hari ini juga. Gantikan segala minuman harian anda dengan air putih.

Pastikan anda ambil minimum sehari 8 gelas air putih. Sebaiknya anda kena ambil air putih pada suhu bilik bukan air ais ya.

Anda boleh beli bekas air dan bawa ke tempat kerja untuk memastikan anda minum air putih secukupnya setiap hari.

Mulakan dulu secara bertahap kalua tidak biasa. Mulakan minum 4 gelas dulu sehari sebagai contoh dan tingkat secara berkala sehingga cukup 8 gelas air putih sehari.

Kesimpulan

Daripada petua petua makanan untuk elak kencing manis  yang di senaraikan di atas anda boleh pilih dan mulakan secara bertahap yang mana anda rasa sesuai dengan diri anda dan yang mana anda rasa anda boleh korbankan demi kesihatan diri anda.

Semoga anda konsisten dan berjaya dalam mengamalkan petua petua dan tips di atas.

Baca juga tentang Bacaan gula dalam darah

Adakah tidak boleh makan langsung makanan yang dilarang diatas?

Bukan macam tu, anda boleh ambil namun dalam kuantiti yang sedikit dan bukan dijadikan amalan pemakanan seharian.

Adakah boleh kalau kita hanya minum air putih sahaja setiap hari?

Itulah yang sebaiknya, boleh tinggal terus minuman minuman yang lain.

Scroll to Top