Ubat Kencing Manis

Ubat Kencing Manis

Pesakit kencing manis memang setiap hari akan sentiasa memakan ubat kencing manis yang diberikan oleh doktor untuk mengawal penyakit tersebut daripada melarat atau memberikan kesan lebih buruk daripada tahap kesihatan yang sedia ada.

Setiap hari pesakit kencing manis secara disiplin mengambil ubatan dan bagi yang dah terlalu teruk terpaksa melakukan suntikan insulin sendiri di rumah.

Sebelum tu saya nak tanya dulu adakah anda sedang mengalami masalah masalah berikut:

Paras gula dalam badan tinggi

Jika anda belum pernah membuat pemeriksaan tentang tahap paras gula dalam badan anda dengan doktor ataupun di farmasi, anda memang tidak akan tahu berapa paras gula dalam badan anda sekarang.

Paras gula dalam badan tinggi

Ramai orang tak buat pemeriksaan tahap gula dalam darah adalah kerana mereka sentiasa rasa sihat dan tidak ada apa simptom berkaitan penyakit kencing manis.

Namun seeloknya untuk orang yang sihat walaupun tidak rasa macam ada penyakit, adalah amat disyorkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala di klinik.

Ini adalah amat elok untuk memantau tahap kesihatan anda dan juga mengetahui berapa paras gula di dalam badan anda.

Apa salahnya keluarkan sikit modal untuk kesihatan anda untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Namun jika sekarang anda memang dah ada kencing manis dan selalu cek paras gula kencing manis anda, maka perlu lah lebih peka untuk menjaga dengan lebih disiplin kesihatan anda.

Keadaan tahap kencing manis yang anda ada sekarang hendaklah dikawal semaksimum mungkin supaya ia tidak akan menjadi lebih kronik dan lebih teruk lagi.

Makan ubat yang diberikan doktor dan jagalah pemakanan harian anda supaya ia dapat membantu anda mengawal tahap gula dalam badan anda.

Kerap membuang air kecil

Sekejap sekejap pergi ke tandas asyik nak kencing. Rasa nak kencing tu terlalu kerap berlaku. Sikit sikit rasa nak terkencing. Kekerapan pergi ke tandas meningkat sedangkan sebelum ini anda tidak pernah ada rasa macam ini.

kerap membuang air kecil

Bila rasa nak terkencing terlalu kerap sangat maka kegiatan seharian pasti akan terganggu. Jika anda berada di pejabat bersama dengan rakan rakan anda, pasti mereka pelik jika mereka melihat keadaan anda yang sering ulang alik ke tandas.

Jika mereka tidak tahu anda ada masalah kencing manis tentu mereka jadi pelik, namun jika mereka tahu anda ada kencing manis tentu mereka akan faham.

Namun lebih teruk lagi anda sendiri tidak tahu anda sedang mengalami masalah kencing manis. Mungkin anda rasa kerap kencing ini adalah satu penyakit lain yang tiada kaitan dengan kencing manis.

Begitu juga jika anda nak memandu atau berjalan jauh seperti melancong. Tentu keadaan anda sangat sukar. Jika naik kenderaan sendiri mungkin senang untuk berhenti kencing bila bila masa sahaja apabila rasa nak terkencing.

Namun jika naik dengan pengangkutan awam memang keadaan sangat susah untuk kita berhenti secara kerap. Mungkin ini bukan pilihan terbaik untuk anda guna jika ingin berjalan jauh.

Begitu juga jika kita berjalan jauh dan menumpang orang, pasti mereka akan rasa tak selesa apabila kita sering meminta untuk berhenti kencing kerap sangat.

Oleh itu jika ada simptom ini maka elok segera berjumpa doktor untuk mendapatkn khidmat nasihat bagi membantu anda menyelesaikan masalah ini supaya tidak menjadi lebih buruk dan menggangu kehidupan anda seharian.

Sentiasa merasa dahaga

Baru tadi sahaja minum air, tapi rasa dahaga air tu kerap sangat. Minum lagi air namun masih rasa lagi dahaga tu.

kerap membuang air kecil

Bila 2 benda ini berulang iaitu rasa dahaga kemudian minum air dan keadaan itu berlaku dengan kerap pastinya badan manusia akan kencing lebih kerap lagi.

Maka timbul satu lagi masalah kena berulang ke tandas untuk kencing pula.

Dulu anda tak rasa dahaga macam ni sekarang dah kena mula bawa bekal air untuk minum di tempat kerja sebab tak larat berulang ke tempat makan untuk ambil air.

Pengambilan air putih yang banyak adalah memang bagus untuk kesihatan badan, namun jika simptom ini berlaku maka badan anda mungkin ada yang tidak kena.

Segeral buat temujanji dengan doktor untuk dapatkan maklumat dan rawatan lanjut.

Merasa letih dan lesu

Sekarang ini anda mudah sangat merasa letih dan lesu. Sikit sikit mula rasa mengantuk lebih lebih lagi ketika kerja di pejabat.

Merasa letih dan lesu

Dulu anda tak macam ni, dulu anda seoranag yang aktif buat apa pun mesti pantas dan cepat. Namun sekarang mudah sangat rasa letih lesu.

Padahal bebanan kerja tidak bertambah pun dan tidak ada masalah lain seperti masalah peribadi, keluarga dan sebagainya yang menyebabkan tekanan.

Anda juga masih amalkan rutin harian anda seperti makan yang cukup, rehat yang cukup dan tidur yang cukup.

Tapi tiba tiba sekarang prestasi badan anda menurun cepat letih walaupun rasa tak ada apa apa penyakit dalam badan.

Bila anda cepat rasa letih dan mudah nak mengantuk di pejabat ini tentulah akan mengganggu kerja seharian anda. Kerja tak siap nanti bos akan marah melainkan memang anda bos.

Selepas itu dah balik rumah pun rasa letih lagi, asyik nak tidur dan rasa malas tu datang bertambah.

Jika ada gejala gejala macam ini maka anda kena buat checkup dengan segera untuk tahu apa punca berlakunya macam ini takut takut anda sedang mengalami kencing manis.

Mata semakin kelabu

Dari kecil sehinggalah sekarang anda memang di beri penglihatan mata yang baik oleh Tuhan. Tak pernah ada masalah mata kabur sehingga susah nak membaca dengan mata sendiri.

mata semakin kelabu

Namun sekarang ini rasa semacam dah mula tak berapa nak nampak macam biasa.

Bila di tempat kerja nak melihat komputer dah mula rasa huruf di skrin dah kabur. Dah kena besarkan size font untuk lebih nampak.

Bila kat rumah nak membaca Al Quran, suratkhabar pun susah sebab dah kabur nak tengok huruf pun dah tak boleh kenal.

Nak tengok handphone pun dah tak boleh nampak dengan jelas.

Nak memandu dalam hujan pun dah tak boleh sebab mata dah tak terang untuk fokus pemanduan.

Biasanya apabila berlaku masalah ini, apa yang ramai lakukan adalah pergi membuat spek mata sebab itulah cara terpantas untuk selesaikan masalah mata tak nampak ini.

Memang tidak ada salahnya untuk buat spek mata sebab ia memang keperluan untuk mata anda.

Namun apa yang anda boleh lakukan juga adalah periksa juga paras gula dalam badan anda mungkin mana tahu ada masalah kencing manis juga.

Selalu berasa lapar

Macam dahaga tadi juga cerita dia. Perut tu asyik rasa nak makan saja. Walaupun kejap tadi dah makan, ni rasa lapar lagi pulak.

selalu berasa lapar

Kadang kadang dah makan macam macam dari sarapan pagi hinggalah ke tengahari, namun masih rasa lapar juga.

Sebelum ini anda tak pernah ada rasa macam ini. Bila dah mula rasa lapar yang kerap mula lah nak makan macam macam dan teringin macam macam.

Bila dah teringin macam macam di tambah pula duit pun memang anda, maka anda akan makan apa sahaja yang anda nak. Tidak kira banyak berlemak, bergula berkalori semua nya di ambil tanpa rasa bersalah.

Jika ada berlaku perubahan di dalam diri anda gejala ini, anda kena sedar dengan segera dan kawal kekerapan dan jenis pengambilan makanan anda setiap hari.

Luka dan kudis yang lambat sembuh

Dalam hidup anda tentu pernah jadi luka mahupun kudis. Bila kena tu memang berdarah dan cepat sembuh dan tinggalkan parut.

Luka dan kudis yang lambat sembuh

Namun jika sekarang anda ada mengalami luka di mana mana bahagian anggota badan tapi lambat sembuh macam biasa.

Tempat luka yang lambat sembuh tersebut biasanya akan jadi macam berair sebab tu ia lambat sembuh.

Luka tak nak kering kering. Jika kering dan sembuh pun akan mengambil masa yang begitu lama.

Gejala luka ini memang ada berlaku kepada penghidap kencing manis, jadi kita kena berhati jika ada simptom sebegini juga.

Gatal gatal terutama di bahagian kemaluan

Perkara ini adalah umum dan boleh berlaku kepada kedua dua jantina iaitu lelaki dan perempuan. Rasa gatal gatal di bahagian kemaluan sering sangat berlaku kepada anda.

Gatal gatal terutama di bahagian kemaluan

Jika berlaku gejala seperti ini pastikan anda tingkatkan kawalan kebersihan pada tempat sulit anda.

Jangan biarkan gatal gatal tersebut berterusan dan anda biarkan sehingga menyebabkan luka pula di bahagian tersebut. Jika luka berlaku maka ia akan lebih sukar untuk di rawat.

Jika sebelum ini anda tak ada masalah gatal gatal di alat sulit anda, tetapi sekarang asyik rasa gatal gatal maka segera lah berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan lanjut.

Tapak kaki dan tangan kebas menyucuk

Duduk bersila saja saja lama sedikit dah mula rasa kebas kebas kaki ditambah lagi dengan menyucuk nyucuk. Bila dah jadi macam ni nak bangun berjalan pun dah susah sebab sakit.

Tapak kaki dan tangan kebas menyucuk

Bila dah jadi kebas kebas ini pula masa yang diambil lama untuk hilang dan bagi dia reda semula.

Sapu minyak angin panas seluruh kaki tangan bila jadi kebas tu, tak cukup dengan itu lagi panggil anak anak, isteri atau suami untuk tolong urutkan.

Kalau jadi kat rumah tak mengapa lagi. Cuba bayangkan jika tiba tiba jadi kat luar memang susah la nak minta tolong orang.

Bila jadi kebas kaki memang tak boleh berjalan kena duduk dulu bagi dia hilang kebas tu, kalau jadi kat tangan pula semua benda tak boleh nak buat. nak memandu tak boleh, nak memasak tak boleh, nak buat kerja rumah tak boleh, nak menaip komputer pun tak boleh.

Lebih teruk lagi kalau kebas tangan ni nak pegang handphone pun tak boleh. Jadi anda kena beringat jika benda ini berlaku kepada diri anda.

Berat badan menyusut walau selera makan baik

Antara simptom kencing manis yang berlaku kepada seseorang adalah masalah berat badan menurun.

Walaupun tidak mengamalkan apa diet dan pengambilan makanan juga adalah sama seperti sebelum ini.

Berat badan menyusut walau selera makan baik

Tidak ada juga niat untuk kuruskan badan apatah lagi untuk melakukan diet yang ketat namun berat badan turun dengan sendirinya tanpa di rancang.

Anda juga tidak ada mengambil apa apa produk untuk kuruskan badan dan juga tidak pergi ke mana mana tempat seperti gym untuk melakukan aktiviti senaman.

Namun berat badan anda menurun juga. Orang sekeliling dah mula menegur kenapa semakin nampak kurus. Pakaian pakaian anda juga rasa semakin longgar dah satu hal nak kena beli pakaian baru pula.

Ok. Anda dah baca 10 gejala gejala atau simptom simptom kencing manis boleh berlaku sekiranya seseorang itu sedang menghadapi masalah kencing manis.

Tidak semua orang akan mengalami semua gejala gejala tersebut, bergantung kepada keadaan dan tahap kencing manis seseorang itu.

Jadi apa yang penting sekarang ini adalah anda kena tahu terlebih dahulu sama ada anda ada kencing manis atau pun tidak.

Jika anda ada tanda tanda kencing manis di atas maka anda boleh lah segera berjumpa doktor.

Ini adalah untuk membuat pemeriksaaan lanjut untuk cek paras gula dalam badan.

Penyakit Lain Disebabkan Kencing Manis

Bila dah ada kencing manis dengan gejala gejala di atas ia tidak akan terhenti di situ sahaja. Sebab ia baru permulaan.

Jadi jangan biarkan tahap kencing manis anda sehingga kronik sehingga ada sesetengah orang tu meter bacaan gula pun dah tak boleh baca sebab tahap gula terlalu tinggi.

Jika dibiarkan gejala gejala di atas tidak terkawal dan tahap kencing manis semakin kronik maka risiko perkara buruk boleh berlaku seterusnya seperti:

  • Kegagalan fungsi buah pinggang
  • Risiko serangan jantung
  • Risiko tekanan darah tinggi
  • Serangan angin ahmar atau strok
  • Kena cucuk insulin setiap hari
  • Koma atau tidak sedarkan diri
  • Penyakit berkaitan saraf
  • Kaki menjadi hitam terpaksa di potong
  • Mata semakin kabur risiko menjadi buta
  • Risiko mati pucuk hilang nikmat bersama isteri

Bila dah jadi sampai tahap kronik maka lagi teruk tahap untuk merawatnya. Kos merawat akan lebih jadi tinggi.

Jadi sekarang apa anda harus lakukan?

Pertama sekali kena buat pemeriksaan tahap gula dalam darah.

Pengambilan Ubatan

Jika ada kencing manis maka anda kena terima bahawa anda dah mula kena makan ubat klinik atau hospital untuk kawal tahap kencing manis.

Sering kali juga kita melihat pesakit kencing manis di arahkan oleh doktor untuk mengambil ubat kencing manis secara berkala

Serta melakukan pemeriksaan kesihatan yang berjadual bagi memastikan tahap penyakit kencing manis mereka terkawal.

Selain itu juga anda kena mula mengamalkan kaedah pemakanan yang baik tidak boleh makan makan yang manis, berlemak yang tidak baik untuk kesihatan anda.

Bagi sesetengah pesakit kencing manis, ada di kalangan mereka hanya bergantung dengan memakan ubat kencing manis yang di berikan oleh doktor sahaja untuk mengawal penyakit mereka.

Sehinggakan sesetengahnya terpaksa memotong jari atau kaki mereka akibat telah berputus asa dan tidak mahu mencuba kaedah rawatan selain daripada rawatan di hospital.

Sedangkan mereka boleh mencuba kaedah kaedah rawatan alternatif untuk merawat kencing manis yang berada di luar sana.

Ubat Kencing Manis Melalui Produk Herba

Selain daripada perubatan moden untuk mengubat penyakit kencing manis, kaedah perubatan alternatif juga boleh dicuba dalam merawat penyakit kencing manis.

Produk-produk yang berasakan herba yang di hasilkan melalui kaedah tradisional juga dewasa ini di lihat dapat membantu banyak pesakit kencing manis untuk meredakan symptom symptom yang dialami oleh mereka.

Ramai juga yang telah mencuba dengan pengambilan herba dapat mengawal paras gula dalam darah mereka kembali kepada bacaan yang normal.

Dalam merawat penyakit kencing manis perlu di ingatkan kepada semua individu supaya mencuba pelbagai kaedah dan ikhtiar.

Yang mana telah dapat di buktikan keberkesanannya oleh penguna yang lain dalam merawat penyakit kencing manis.

Tiada salahnya mencuba dengan rawatan produk alternatif seperti herba.

Selain memakan ubatan hospital atau klinik dan juga herba untuk merawat penyakit diabetes faktor-faktor lain juga perlu di ambil kira untuk kesan yang lebih baik seperti pengawalan makanan, penjagaan kesihatan dan mencegah perkara-perkara yang dapat memburukkan lagi keadan penyakit tersebut.

Apakah ubat kencing manis yang biasa diberikan oleh pihak hospital?

Ubat kencing manis yang biasa diberikan oleh hospital adalah Metformin

Apakah ubat yang terbaik sekali untuk masalah kencing manis?

Perkara yang terbaik sekali untuk menjaga kesihatan secara umum tidak mengira jenis penyakit adalah menjaga pemakanan seharian anda.

Scroll to Top